Anda berumur 30an? Jom Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat


Usia yang terus meningkat tentu akan mempengaruhi kehidupan seharian kita terutama dari segi kesihatan. Apabila seseorang sudah memasuki usia 30 tahun dan keatas, metabolisme badan akan mula berubah. Jadi, sudah tiuba masanya anda melakukan atau mengamalkan gaya hidup yang sihat. Walaupun bunyinya seperti lewat, tidak salah jika anda memulakan daripada tidak sama sekali. Apa yang anda ingin tahu? Teruskan membaca dibawah.

#1 Membahagikan bahagian makanan

Ia agak mudah iaitu membahagikan makanan yang diambil kepada 4 bahagian iaiti 1/4 untuk karbohidrat, 1/4 untuk protein, 1/4 untuk sayuran dan 1/4 untuk buah-buahan. Dengan cara ini, diet yang dilakukan akan lebih sihat.

#2 Mulakan hari dengan sarapan yang sihat

Mulakan hari dengan diet protein yang sihat iaitu rendah lemak, buah dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat. Cadangan hidangan ialah minum smoothie dan juga telur dadar. Jika anda terburu-buru, serbuk protein bersama campuran buah menjadi pilihan yang tepat.

#3 Sediakan rancangan menu makan tengah hari

Ini sangat penting untuk dilakukan. Lebih baik jika anda sediakan ramuan makan tengah hari untuk hujung minggu. Dengan cara ini, anda akan dapat menjimatkan lebih banyak masa.

#4 Melatih jisim otot

Apabila usia sudah mencecah 30 tahun, sudah tiba masanya untuk anda melatih jisim otot dengan cara melakukan senaman bagi mengaktifkan segala otot badan. Tak perlu buat senaman yang berat cukuo senaman yang ringan sahaja bagi menguatkan otot anda.

#5 Makan tepat pada waktunya

Makanlah mengikut waktu yang tepat seperti makan pagi, makan tengah hari, makan petang dan makan malam kerana ini adalah merupakan salah satu kunci badan sihat otak cergas. Jangan biarkan perut kosong terlalu lama. Dengan cara ini, anda akan dapat mengawal makanan anda dengan lebih baik.

Sumber: https://www.fimela.com/lifestyle-relationship/read/3890127/kebiasaan-hidup-sehat-yang-harus-dilakukan-usia-30



Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *