Anak kongsi usaha bapa bergelut dengan teknologi untuk mengajar anak-anak murid


PETALING JAYA: Guru adalah antara golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Sekolah-sekolah di Malaysia akan ditutup sehingga hujung tahun dan ini bermakna tugas guru makin mencabar.

Kini, tiada lagi kapur putih dan papan hijau, yang ada hanyalah komputer dan dunia internet. Mahu atau tidak, teknologi harus dipelajari kerana pelajaran dalam talian atau “online” adalah cara pengajaran baharu di zaman pandemik ini.

Baru-baru ini telah viral di media sosial mengenai kepayahan seorang guru berusaha untuk belajar teknologi maklumat bagi membantu mengajar anak-anak muridnya.

Hantaran ini telah dikongsi oleh seorang anak iaitu Wee Cher Wei, 31 di laman Facebook mengenai usaha bapanya Wee See Heian, 59 tahun seorang guru yang mengambil masa untuk mempelajari skil baharu cara mengajar di dalam talian demi pelajar-pelajarnya.

Menurut Cher Wei, hantaran tersebut juga adalah berikutan dengan kata-kata dari nitizen yang mengatakan guru ‘makan gaji buta’ dan mempunyai hidup yang mudah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada bulan Mac lalu.

Usaha Wee See Heian mengajar anak-anak muridnya mendapat perhatian pengguna media sosial. (Gambar Cher Wei)

“Idea ini asalnya datang dari adik bongsu saya yang melihat bagaimana dedikasinya ayah kepada pelajar-pelajarnya. Gambar ayah benar-benar menyentuh hati saya dan ini memberi saya inspirasi untuk berkongsi gambarnya di Facebook agar orang ramai juga akan menghargai usaha guru-guru mereka.

“Lagi pula, saya memang mahu masyarakat tahu bahawa menjadi seorang guru bukanlah mudah. Ia bukan sekadar tugas tetapi tanggung jawab untuk membela nasib generasi akan datang,” ujar Cher Wei.

Bagi See Heian, guru lukisan teknikal yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Alor Setar ini, keputusan menjadi seorang guru adalah atas galakan bapanya yang mahukan dia menjadi seorang guru.

Malah, kebanyakan dari keluarganya berlatarbelakang kerjaya seorang guru.

Beliau yang telah mengajar selama 34 tahun ini berkata, “Mata pelajaran yang saya ajar memerlukan banyak pergerakan tangan jadi anak saya mencadangkan saya menggunakan “Google Meet” agar visual menjadi lebih hidup.

Saya tidak tahu bagaimana menggunakannya tetapi saya tidak ada pilihan selain terpaksa belajar caranya supaya dapat mengajar anak-anak murid saya,” ujar See Heian.

Sei Heian, 59 tahun telah mendedikasikan hidupnya sebagai guru selama 34 tahun. (Gambar Cher Wei)

Jelasnya, dia terpaksa menggunakan dua komputer riba dan satu tablet untuk mengajar.

Komputer yang pertama adalah untuk buku teks digital, yang kedua untuk berinterasi dengan pelajar dan tablet adalah untuk menunjukkan kepada pelajar cara melukis bagi memahamkan mereka mengenai topik yang diajar.

Dedikasi See Heian terhadap kerjaya guru dan kasih sayang kepada pelajarnya memang tidak dapat dinafikan lagi. Malah, dia sendiri menganggap mereka seperti anak-anaknya sendiri.

“Kadang-kala anak-anak saya sendiri cemburu melihat keakraban saya dengan pelajar saya,” ujarnya sambil ketawa.

Sei Heian bersama anak-anak muridnya sebelum pandemik. (Gambar Cher Wei)

See Heian menambah, “Ada juga pelajar yang mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang saya berikan dalam pelajaran dan kehidupan mereka. Jujur, saya sangat terharu dan bangga,” ujarnya.

Hantaran Cher Wei di Facebook mengenai usaha bapanya itu telah mendapat 63,000 tanda suka dan telah dikongsi lebih 25,000 kali oleh pengguna media sosial.

“Ya, dia sedar akan hantaran tersebut telah menjadi ‘viral’ dan juga terkejut dengan sambutan yang diterima. Malah, dia juga terkejut bekas anak muridnya turut memberi komen. Dia juga gembira hantaran tersebut telah memberi inspirasi kepada ramai guru-guru di luar sana,” ujar Cher Wei.

HARGAILAH JASA SEORANG GURU,

SANG PENDIDIK ANAK BANGSA.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *