Aduh sakitnya. Cuba 5tips ini untuk hilangkan ulser pada mulut Anda


Ulser mulut bukan hanya menjengkelkan tetapi menyakitkan. Luka terbuka berwarna putih, dikelilingi oleh sempadan merah yang meradang. Ia sering muncul di bahagian dalam pipi, bibir, di bawah lidah dan permukaan lidah. Bagaimana merawatnya di rumah secara semula jadi?

1. Madu

Madu boleh melegakan ulser kerana ia membantu mengekalkan kelembapan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Ia juga mempunyai sifat antioksidan dan anti-mikro.

Gunakan kain kapas yang disapu madu dan letakkan pada kawasan ulser. Anda juga boleh menggunakan minyak gliserin atau vitamin E dengan cara yang sama.

2. Garam

Garam laut atau hidrogen peroksida mempunyai sifat anti-radang, antiseptik dan disinfektan.

Oleh itu, anda boleh menggunakan ia secara berasingan atau kombinasi yang berkesan untuk menyembuhkan ulser mulut.

3. Santan

Ia sangat berfaedah untuk menenangkan sakit ulser mulut.

Campurkan sedikit madu dalam satu sudu santan. Urut kawasan yang ada ulser. Lakukannya tiga atau empat kali sehari.

Sebagai alternatif, anda boleh membilas mulut dengan santan segar atau urut minyak kelapa pada kawasan yang terjejas.

4. Serbuk penaik

Serbuk penaik atau baking soda juga dikenali sebagai natrium bikarbonat boleh membantu merawat ulser mulut.

Baking soda membantu meneutralkan asid. Ia juga akan mengurangkan keradangan dan mengeluarkan kuman serta bakteria.

Perlu diketahui, ia boleh menyebabkan rasa terbakar. Oleh itu, gunakan dengan jumlah sedikit dan perlahan-lahan.

5. Ais

Ais adalah perubatan di rumah yang berkesan untuk rasa sakit ulser pada mulut.

Ia amat berguna apabila anda meletakkan ais di kawasan yang terjejas sebaik sahaja anda mengalami simptom seperti kepedihan dan rasa terbakar sebelum ulser muncul.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
1
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *