Aduh! Makan Banyak Mana Sekalipun, Berat Tetap Tak Naik! Kenapa Ni?


Kita selalu dengar akan masalah untuk menurunkan berat badan, tapi jarang sekali kita dengar masalah untuk menaikkan berat badan.

Masalah kurang berat badan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan dan kebimbangan kepada individu.

Kurangnya berat badan mungkin menyebabkan tidak mendapat nutrisi yang diperlukan untuk membina tulang, kulit, dan rambut yang sihat.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), kurang berat badan dikategorikan apabila seseorang mempunyai indeks jisim badan (BMI) dibawah paras 18.5.

dah makan banyak, tapi berat tetap tak naik. kenapa?

Antara sebab-sebab terjadinya kurang berat badan adalah seperti berikut:

dah makan banyak, tapi berat tetap tak naik. kenapa?

Kesan daripada kurangnya berat badan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala seperti:

  • Osteoporosis
  • Masalah kulit, rambut, atau gigi
  • Sentiasa sakit
  • Rasa letih sepanjang masa
  • Anemia
  • Tempoh haid tidak teratur
  • Kelahiran pramatang’
  • Pertumbuhan perlahan dan terjejas.

Malah, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal BMC Public Health , individu yang mengalami masalah kurang berat badan dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian jika dibandingkan dengan orang dengan purata BMI.

Bagi mengelakkan masalah ini daripada terjadi, mereka yang mengalami masalah kurang berat badan boleh mengamalkan diet seperti berikut:

  1.  Tambah makanan ringan yang berkhasiat tinggi seperti keropok kacang tanah, bar protein, dan badam.
  2.  Makan beberapa makanan kecil setiap hari.
  3.  Gabungkan makanan tambahan yang berkalori padat seperti meletakkan badam dalam bijirin atau yogurt, bunga matahari pada salad atau sup, atau kacang mentega pada roti bakar.
  4.  Elakkan daripada makanan kalori kosong

Dapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital. Doktor biasanya akan menetapkan ubat-ubatan tertentu seperti peransang selera makan.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *