Adakah Jerung Putih Memakan Manusia? 6 Fakta Menarik Mengenai Ikan Jerung Putih Besar


Diver Ocean Ramsey (@oceanramsey) swims next to a female great white shark off the coast of Oahu, Hawaii on January 15, 2019. - Great white sharks are extremely rare in Hawaii and this individual may be one of the largest recorded, it shows similar markings to ?Deep Blue? a shark Ocean Ramsey studied in Isla Guadalupe, Mexico where she has done most of her work with white sharks. Shark populations around Hawaii are declining and there are no laws to protect sharks from being killed for their fins. The @OneOceanDiving research team study shark behavior and teach people how to avoid adverse interactions. Their research and work aims to help reduce shark related fatalities and educate others on the importance of sharks. (Photo by @oceanramsey / http://OneOceanDiving.Com / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT @OceanRamsey /http://OneOceanDiving.Com "" - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS --- NO ARCHIVE ---

Ikan jerung Putih Besar merupakan salah satu predator ganas yang mempunyai ratusan gigi. Jerung juga dikenali sebagai sejenis ikan yang sangat menakutkan. Ikan ini dikatakan sangat bahaya sehingga boleh membaham manusia. Ramai orang ngeri terhadap ikan jerung terutama jerung putih besar alias Carcharodon carcharias yang sangat ditakuti.

Cara film-film Hollywood menggambarkan mereka adalah salah satu faktor. Selain itu, pada kenyataannya jerung putih besar memang pernah membunuh manusia. Tapi sebenarnya seberapa berbahaya mereka? Adakah benar mereka telah membunuh banyak orang? Jom kita tengok dulu 6 fakta mengenai jerung dibawah.

#1 Merupakan ikan predator terbesar

Salah satu aspek paling menarik dari jerung putih besar adalah ukurannya. MenurutΒ National Geographic, telahΒ menyebut mereka ikan predator terbesar di dunia, panjangnya boleh mencecah sehingga 6,1 meter dan berat badannya boleh mencecah 2,2 tan. Tambahan pula, anaknya yang baru lahir boleh mencecah ukuran sehingga 2,5 meter!

Jerung putih besar memang bukan jenis hiu terbesar. Ukuran mereka masih kalah dari ikan paus dengan jerung gergasi. Namun kedua jenis jerung tersebut adalah pemakan plankton dan tidak mempunyai gigi. Jadi, jerung putih besar layak disebut sebagai ikan predator terbesar sekaligus paling menakutkan.

#2 Mempunyai ratusan gigi yang tajam

Selain ukurannya, yang membuat jerung putih besar sangat menakutkan adalah disebabkan oleh giginya sendiri. Jerung ini punya hingga 300 gigi di dalam mulutnya! Gigi-gigi tersebut berbentuk segitiga runcing dan bergerigi, maka sangat mampu untuk mengoyak atau merobek tubuh mangsanya.

Jerung putih besar secara berkala kehilangan giginya sepanjang hidup. Namun itu bukan masalah bagi mereka sebab setiap kali satu giginya tanggal, gigi lain dari barisan belakangnya akan maju menggantikannya, dan begitu seterusnya. Oleh itu, mereka tidak akan selalu bersedia untuk menggunakan gigi pada bila-bila masa untuk menerkam mangsanya.

#3 Mampu mengesan mangsa dengan tepat

Anda mungkin pernah terdengar bahawa seekor jerung boleh mencium bau setitis darah di lautan dari jarak yang jauh. Adakah itu benar? Ya. MenurutΒ Live Science telahΒ menyebut bahwa hiu putih besar boleh mengesan setitis darah dalam 100 liter air dan boleh mencium sedikit darah dari jarak 5 km!

Tapi, kemampuan hebat mereka dalam mengesani mangsa bukan hanya sampai di situ. Jerung putih besar juga mampu mengesan elektro, iaitu mengesan voltan elektrik kerana pergerakan didalam air. kemampuan mendeteksi tegangan listrik akibat gerakan di dalam air. MenurutΒ phys.org, jerung putih besar yang hebat dapat mengesan satu per juta volt voltan didalam air. Hebat kan!

Kemampuan luar biasa itu mereka gunakan untuk mengesan mangsanya berdasarkan pergerakan. Ini juga termasuk magsanya yang bersembunyi didalam pasir di dasar laut. Ini bermakna anda boleh mengatakan bahawa tidak ada tempat di laut yang selamat daripada pengesanan jerung putih ini.

#4 Merupakan haiwan sosial

Fakta yang satu ini mungkin agak mengejutkan. Ya, walaupun ia agak mengerikan, ternyata jerung putih yang hebat itu adalah makhluk sosial. Mereka tinggal dan melancong secara berkumpulan. Ketika berhadapan antara satu sama lain, mereka tidak akan bergaduh atau menggigit satu sama lain kerana satu gigitan berpotensi untuk mengubah bentuk sesama spesis secara kekal.

#5 Sejauh mana bahaya mereka?

Melihat pada ukuran, kehebatan gigitan dan juga kemampuan mereka dalam mengesan mangsanya, semua orang akan bersetuju bahawa jerung putih adalah haiwan yang sangat berbahaya. Tetapi, adakah mereka benar-benar pemangsa manusia yang garang seperti di tayangkan dalam filem-filem.

Jawabannya tidak. Serangan jerung putih besar terhadap manusia hanya terjadi sekitar 30-50 kes per tahun di seluruh dunia, dan kebanyakannya tidak membawa maut. Menurut lamanΒ National Geographic, gigitan jerung putih besar bukan bertujuan untuk menjadi mangsa, tapi hanya “gigitan sampel” sahaja.

Setelah menggigit, jerung putih besar biasanya akan melepaskan si mangsa . Itu bukti bahwa manusia sama sekali tidak termasuk dalam menu makanan mereka. Jerung sangat tertarik pada bau ikan dan anjing laut, tapi tidak kepada bau manusia. Walaupun begitu, anda tetap tidak boleh berenang di kawasan yang didapati banyak jerung putih.

#6 Mereka lebih takut pada manusia atau sebaliknya

Sebenarnya, jerung putih besar mempunyai lebih banyak alasan untuk takut pada manusia daripada sebaliknya. jerung sering diburu terutama untuk diambil siripnya, yang kerap dijadikan sajian di restoran mewah. Setelah ditangkap dan dipotong siripnya, banyak nelayan yang melepaskan mereka kembali ke laut.

Tapi bukan bermaksud mereka masih boleh hidup setelah dilepas. Jerung putih besar harus terus berenang supaya boleh bernafas. Jadi tanpa sirip, mereka boleh mati secara perlahan kerana tidak boleh berenang lagi. Kekejaman seperti itu akan menjadikan ikan tersebut sebenarnya lebih sesuai diberikan kepada manusia yang memakan sirip jerung, bukan kepada jerung itu sendiri.

Itulah 6 fakta tentang jerung putih besar. Walaupun mengerikan, mereka mempunyai peranan penting dalam menjaga keseimbangan ekosistem laut. Jadi kita juga harus mengambil peranan dalam pemeliharaan mereka dengan cara tidak memakan sebarang produk daripada jerung supaya kita dapat menjaga ekosistem laut dan ikan itu sendiri. Semoga haiwan yang luar biasa ini terus wujud dan tidak pupus dek kerana perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab!

Sumber: https://www.idntimes.com/science/discovery/peter-eduard/6-fakta-hiu-putih-besar-predator-ganas-dengan-ratusan-gigi-c1c2/6


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *