9 Jenis Kemahiran Untuk Pembangunan Kendiri Yang Berjaya


Proses membangunkan diri untuk menjadi lebih mahir, berilmu dan berpengetahuan disebut sebagai pembangunan kendiri. Pada asasnya, pembangunan kendiri atau self-development bertujuan untuk memperbaiki diri dan kehidupan seseorang, baik dalam pembentukan sikap, pengurusan emosi mahupun kemahiran berfikir. Yang paling penting di sini adalah langkah dan sikap yang betul dan tepat untuk bermula.

Jadi, apakah jenis-jenis kemahiran yang paling penting dalam pembangunan kendiri? Jawapannya bergantung kepada matlamat dan niat yang mahu dicapai oleh individu tersebut. Menurut Dr Tchiki Davis, seorang konsultan dan kolumnis majalah Psychology Today, terdapat sembilan jenis kemahiran yang perlu dipelajari untuk pembangunan kendiri yang berjaya.  

#1- Kenal Pasti Bidang Atau Jenis Kemahiran Yang Mahu Dikuasai

Langkah pertama adalah dengan menggunakan masa dengan bijak sesuai dengan kemahiran yang mahu diceburi. Adalah menjadi satu hal yang sia-sia sekiranya anda memperuntukkan masa dua hingga empat jam sehari untuk latihan vokal sedangkan anda tidak bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi.

Pembangunan kendiri bukan seperti hobi yang dilakukan hanya pada waktu senggang. Perlaksanaannya lebih kepada mengasah kemahiran diri untuk mencapai matlamat hidup yang diinginkan. 

#2- Kuasai Pemikiran Keusahawanan

Antara sikap yang ditunjukkan oleh seorang usahawan ialah inovatif, bijak merancang dalam mendepani segala kemungkinan, mahir dalam mempengaruhi orang lain untuk menaruh kepercayaan dalam visi dan misi yang diletakkan dan mudah beradaptasi dalam segala macam situasi.

Sifat keusahawanan Rasulullah SAW boleh dijadikan contoh untuk maju dalam kehidupan. Antaranya ialah tidak pernah berdebat, jujur dan fasih berkata-kata. Oleh hal yang demikian, ada banyak manfaat yang boleh dipelajari daripada sifat seorang usahawan dan ia terpakai walaupun anda bukanlah seorang usahawan.

#3- Amalkan ‘Growth Mindset’

Berbeza dengan ‘fixed mindset’ yang cuba mengelak daripada cabaran baharu untuk mengurangkan risiko kegagalan, ‘growth mindset’ mengajar seseorang untuk lebih berani meneroka peluang dan cabaran baharu untuk jadi lebih maju. Individu yang berfikir gaya ‘growth mindset’ berupaya mempelajari ilmu dan kemahiran baharu dengan lebih mudah.

#4- Kuasai Kaedah Menangani Stres

Tidak dinafikan, tekanan atau stres yang tinggi bukan saja memburukkan kesihatan dan kesejahteraan diri malah ia boleh menjadi batu penghalang untuk kita menggapai impian. Dengan mempelajari strategi menangani stres yang berkesan, anda lebih bersedia untuk menangani apa-apa cabaran yang mendatang.

#5- Berdaya Tahan

Keupayaan untuk bangkit semula selepas kegagalan dinamakan sebagai daya tahan. Individu yang tinggi daya tahannya tidak akan putus asa malah akan berusaha lebih gigih apabila gagal. Kuasai kemahiran berdaya tahan dengan meningkatkan ilmu dalam mengawal emosi, berkesedaran tinggi (mindfulness) dan berfikiran positif.

#6- Cipta Dan Bangunkan Prinsip Utama Yang Menjadi Teras Kehidupan Anda

Islam mengajar umatnya untuk mengerjakan amal soleh dan mengajak orang lain untuk mengagungkan keesaan Allah dan berbuat kebaikan.

Firman Allah SWT,

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)” (Surah Al-Fussilat 41: 33)

Apa-apa kemahiran yang ingin diterokai dan dipelajari haruslah selari dengan prinsip utama seorang mukmin. Kenal pasti prinsip utama tersebut. Sebagai contoh, rajin bekerja, integriti, bertanggung jawab, kreatif, menyebarkan kebaikan merupakan prinsip utama dalam hidup. Jadikan pinsip utama ini sebagai kompas yang memandu anda di jalan yang betul. 

#7- Cipta Pelan Pembangunan Kendiri Anda

Pelan pembangunan kendiri yang baik mempunyai EMPAT komponen ini untuk dipertimbangkan. Tanya kepada diri anda:

  1. Apakah jenis kemahiran yang anda mahu bina?
  2. Bagaimana anda mahu membinanya?
  3. Mengapa kemahiran ini begitu penting buat anda?
  4. Bilakah anda mahu bina kemahiran tersebut?

#8- Rekod Kemajuan

Rekod dan pantau kemajuan anda dalam mencipta pelan pembangunan kendiri. Hal ini penting untuk memastikan anda berada dalam landasan yang betul. Sekiranya dalam proses memajukan diri anda tersasar jauh daripada matlamat, berkemungkinan ada hal-hal lain yang perlu diberi perhatian.  

#9- Terus Memajukan Diri

Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa melakukan perubahan dan penghijrahan diri untuk menjadikan kehidupan lebih baik. Hari ini lebih baik dari semalam dan esok akan jadi lebih baik dari hari ini. Sematkan kata-kata ini dalam pemikiran. Mudah-mudahan Allah lorongkan jalan yang terbaik untuk kita. 

SEMOGA DIPERMUDAHKAN.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *