8 pokok hiasan yang terbaik untuk rumah anda


Pokok hiasan dalam rumah bukan sekadar nak buat rumah anda nampak cantik, malah boleh membantu peredaran udara juga. Anda boleh memilih antara Snake Plant, Spider Plant, Peace Lily, Fiddle Leaf Fig, Aloe Vera, Golden Pothos, Chinese Evergreen, atau Succulents.

Berbanding dengan kawasan kampung, hidup kat bandar ni biasanya terasing daripada pokok-pokok hijau.

Bila jenguk keluar tingkap bukan boleh nampak bukit, tapi nampak jiran dekat blok sebelah sidai baju. Bila keluar rumah pulak, udara penuh dengan asap kereta. Stress jadinya.

Sebab itulah makin ramai yang beli pokok hiasan untuk letak dalam rumah. Bukan pokok plastik ye, tapi pokok yang betul-betul sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen!

Walaupun namanya tumbuhan hiasan, pokok-pokok ini bukanlah setakat nak buat rumah anda nampak cantik. Ia boleh beri banyak manfaat, termasuklah:

  • Mengurangkan kemurungan
  • Membantu peredaran udara dalam rumah
  • Membantu memori dan kesihatan mental

Sekarang ni, pemaju-pemaju kat Malaysia pun dah mula memberi perhatian kepada ‘sick building syndrome’, di mana pencemaran udara dalam bangunan boleh membuatkan penghuni dan pekerja senang dapat penyakit.

Jadi, kalau anda nak mula buat “apartmen hijau” anda sendiri, di sini kami senaraikan pokok hiasan rumah yang anda boleh beli. Anda tak perlukan halaman rumah ataupun balkoni untuk pokok-pokok ini. Cukuplah setakat dapat cahaya matahari dan siram dengan air secukupnya.

1) Snake Plant

Ini adalah antara pokok yang paling senang nak dijaga, iaitu Snake Plant, atau juga dikenali sebagai Lidah Jin.

Pokok ni tak perlukan banyak cahaya, jadi senang anda nak letak kat ceruk mana sekalipun. Ia juga boleh tahan tanpa air bagi tempoh yang lama, jadi pastikan anda tak terlebih siram.

Berbanding kebanyakan tumbuhan lain yang sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen waktu siang, pokok ni buat benda yang sama tapi pada waktu malam. Sebab itulah ada orang yang letak pokok ni dalam bilik tidur.

2) Spider Plant

Satu lagi pokok yang popular dan senang dijaga adalah Spider Plant. Ia sesuai untuk diletakkan dalam suhu dingin ke suhu bilik, dan sukakan tanah kering.

Pokok ini suka cahaya matahari, jadi anda boleh letakkan ia dekat dengan tingkap. Ada juga yang meletakkan pokok Spider Plant secara tergantung.

Spider Plant dapat namanya sebab daunnya macam kaki labah-labah, jadi bila dah panjang mungkin akan nampak sedikit serabut. Jadi pastikan anda potong dan kemaskan pucuk daun sekali-sekala.

Pucuk Spider Plant juga boleh jadi anak pokok yang anda boleh bagi sebagai hadiah unik kat kawan dan saudara-mara.

3) Peace Lily

Peace Lily adalah antara satu-satunya pokok dalam senarai ni yang ada bunga, buat anda yang nak sedikit warna dalam rumah.

Oleh kerana pokok ini kecil, anda ada banyak pilihan tentang kat mana nak letak pokok ini, contohnya di atas meja ataupun rak buku.

Peace Lily boleh hidup dalam keadaan redup, jadi ia sesuai walaupun apartmen anda tak dapat banyak cahaya. Pokok ini juga boleh tahan suhu rendah dan kawasan kering.

Kalau anda perasan daun Peace Lily jatuh, itu tandanya dah sampai masa untuk anda siram.

4) Fiddle Leaf Fig

Fiddle Leaf Fig adalah pokok paling besar dalam senarai ini, jadi pastikan anda ada ruang yang cukup untuk letak pokok ni di atas lantai.

Daun pokok Fiddle Leaf Fig adalah besar dan lebat, dan batang pokoknya sendiri boleh tumbuh dengan tinggi. Jadi pokok ini sesuai untuk mengisi ruang rumah anda untuk nampak ‘penuh’.

Anda juga perlu pastikan yang pokok Fiddle Leaf Fig ni dapat cahaya yang secukupnya.

Kalau nak tahu bila nak siram, cucuk tanah dalam pasu tu dengan jari anda. Kalau anda rasa permukaan (dalam satu inci) tanah tersebut kering, tandanya dah tiba masa untuk siram.

Anda juga boleh lap daun pokok ini bila dah banyak habuk, supaya ia boleh menyerap cahaya matahari dengan lebih efisien, serta nampak cantik dan kemas.

5) Aloe Vera

Aloe Vera atau lidah buaya memang dah lama popular, nak lagi zaman MLM dulu yang mengatakan daun lidah buaya ni banyak manfaatnya!

Gel aloe vera dikatakan boleh menolong kulit untuk sembuh, contohnya daripada kesan melecur.

Buat tumbuhan hiasan, aloe vera pun merupakan pokok yang senang dijaga. Pastikan anda letak pokok ini dekat dengan cahaya matahari, serta siram selalu.

Oleh kerana ia sukakan cahaya dan air, ramai yang letak pokok aloe vera di bilik air dan dapur.

6) Golden Pothos

Selain daripada Spider Plant, Golden Pothos adalah satu lagi pokok dalam senarai ini yang sesuai diletakkan secara tergantung.

Ini kerana daunnya yang menjalar nampak cantik bila dilepaskan ke bawah. Daun Golden Pothos juga datang dalam beberapa warna.

Oleh itu, ia boleh diletakkan di ruang yang terdapat banyak aktiviti, seperti ruang tamu, supaya lebih ramai orang dapat mengaguminya.

7) Chinese Evergreen

Pokok Chinese Evergreen boleh membesar walaupun dalam keadaan kurang cahaya, jadi anda boleh letakkan ia di mana-mana saja.

Chinese Evergreen sukakan kelembapan udara. Jadi kalau udara dalam rumah atau bilik anda terlalu kering, anda boleh semburkan daun dengan air sekali-sekala, ataupun pasang pelembap udara dalam bilik anda.

Kalau anda jaga pokok ni betul-betul, ia boleh tahan sehingga 10 tahun.

8) Succulents

Pokok yang nampak macam kaktus kecil ni adalah paling comel dan paling senang untuk dijaga.

Succulent adalah sangat kecil dan ada macam-macam saiz dan rupa, jadi ramai yang beli beberapa jenis succulent untuk dapatkan gabungan yang cantik.

Pokok ini perlukan cahaya, jadi pastikan anda letak ia berdekatan dengan tingkap. Anda hampir tak perlu siram langsung pokok ni, dan ia akan terus hidup.

Jadi kalau pokok ni mati juga, mungkin anda yang perlu disiram dengan air bunga!

Kalau anda telah hidup dengan dekorasi yang sama selama bertahun-tahun lamanya dan merasakan suasana rumah sudah semakin bosan dan muram, bacalah panduan kami untuk mendapatkan reka bentuk rumah yang lebih kreatif dan menarik!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *