7 Tempat PERCUTIAN mewah yang menarik di π•„π”Έπ•ƒπ”Έπ•π•Šπ•€π”Έ


PERCUTIAN yang indah, mewah dan menggembirakan pasti didambakan oleh semua orang. Banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh kita kunjungi di Malaysia ini. Dengan suasana yang tenang, jauh dari kesibukan dunia. Ini adalah senarai tempat-tempat di Malaysia yang menarik yang boleh kita kunjungi:

1. CASABRINA VACATION VILLAS RAUB, PAHANG

Villa Aranya Harundalu Raub, Pahang Main Image

Keindahan panorama hutan tropika yang sungguh menyegarkan dan menenangkan. Untuk siapa yang mencari tempat yang menenangkan dan ingin menghirup udara segar, di sini sangat nsesuai untuk anda. Tempat ini bukanlah tempat penginapan yang biasa kerana rumah percutian ini adalah bertarah 6 bintang.

Ia direka bentuk oleh AA Yoka Sara yang merupakan seorang arkitek terkenal di Bali. Villa ini menawarkan 2 jenis vila iaitu Villa Aranya dan Villa Amertani. Anda juga berpeluang untuk memilih untuk menginap di tingkat atas atau bawah. Sesetengah villa lengkap dengan balkoni dan ruang santai. Ia juga lengkap dengan kemudahan lain seperti kolam renang, sauna dan tab mandian terrazzo.

Alamat: Lot 1460, Jalan Tras, Mukim Tras, Raub.

2. Glamz At Genting, Pahang

Glamz At Genting Area Image
Glamz At Genting Room Image

Tempat ini sesuai untuk sesiapa yang ingin merasai pengalaman bercamping dengan penuh glamour. Kalau anda menginap di sini, anda boleh menyaksikan keindahan langit dengan taburan bintang yang berkedipan dan mempersonakan, sebaik tiba sahaja waktu malam.

Antara jenis penginapan yang disediakan di sini adalah Dome Room dengan sebahagian dinding kaca membentangkan pemandangan langit. Tempat ini juga menyediakan VIP Dome yang lengkap dengan jazuki peribadi. Bell Tent untuk keselesaan 4 orang penginap dan Family Dome untuk 8 pax.

Alamat: Glamz At Genting, 1, Jalan Meranti, 69000 Gneting Highlands, Pahang.

3. VILLAKU, PAHANG

Villaku Residences Pahang - 1
Villaku Residences Pahang - 2

Tempat ini terletak di Balok Kuantan. Ia merupakan dua villa yang telah digabungkan menjadi satu. Setiap Villa boleeh memuatkan 18 orang dan mempunyai kolam renang peribadi sendiri.

Tempat ini sesuai untuk bercuti bersama keluarga, rakan atau boleh digunakan untuk majlis seperti perkahwinan tepi pantai.

Ia mempunyai swimming pool dan pantai dengan hanya terletak beberapa langkah sahaja dari kawasan villa tersebut.

Alamat: Lot 28195, Kg Pantai Balok, 26080, Balok, Kuantan, Pahang.

4. SAILORS REST, PAHANG

Sailors Rest Pahang - 1
Sailors Rest Pahang - 2

Jika anda mancari pengalaman bermalam disebuah bot, anda boleh ke Sailor’s Rest, yang terletak di Pahang. Bot ini boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai tempat rehat dan ruang tamu yang tersendiri.

Jika anda tidak suka tidur di atas air, anda juga boleh bermalam di chalet atau berkemah di kawasan yang disediakan.

Alamat: Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

5. MALIHOM, PULAU PINANG

Malihom Pulau Pinang - 1
Malihom Pulau Pinang - 2

Siapa yang ingin bercuti di Pulau Pinang, boleh lah datang ke sini. Suasana sepeerti di dalam cerita kartun Tarzan. Sangat menarik. Tempat ini menawarkan percutian yang menarik dikelilingi pokok-pokok hijau.

Alamat: Kiri N/t 168 Bukit Penara Mukim 6, Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia.

6. MASBRO VILLAGE, MELAKA

Masboro Village Melaka - 1
Masboro Village Melaka - 2

Bagi siapa yang sukakan tempat warna-warni dan suka bergambar atau perlukan tempat untuk anda ber-OOTD, boleh lah datang ke sini. Tempat ini merupakan perkampungan berwarna-warni yang serupa dengan apa yang boleh di jumpai di Brighton Beach Melbourne Australia. MAsbro village ini lengkap dengan segala kemudahan untuk memastikan penginapan anda selesa.

Alamat: Lot 291, Batu 7 1/2, Paya Rumput, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka.

7. PHILEA RESORT, MELAKA

Philea Resort Melaka - 1
Philea Resort Melaka - 2

Philea resort merupakan resort bertaraf 5 bintang dengan seni bina unik yang terletak di Durian Tunggal Melaka. Resort ini merupakan salah satu pilihan popular apabila orang mencari penginapan di Melaka.

Antara kemudahan yang disediaka di resort ini adalah kolam renang, sauna, kelab kanak-kanak, pusat kecantikan, padang golf dan spa. Resort ini juga berhampiran dengan Zoo Melaka.

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75350 Melaka, Malaysia.

8. TEMPLER PARK RAINFOREST RETREAT, SELANGOR

Templer Park Rainforest Retreat Selangor - 1
Templer Park Rainforest Retreat Selangor - 2

Tempat ini, kalau siapa yang memang duduk di selangor, hanya 40 minit sahaja pemanduan dari pusat bandar. Ia terletak di tengah-tengah hutan simpan Kancing yang memberi anda peluang untuk lari dari kesibukan bandar tanpa perlu berjalan jauh. Sesuai untuk percutian hujung minggu yang singkat.

Alamat: 24, Jalan 3/2, Templer Heights, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor.

9. THE SHOREA, NEGERI SEMBILAN

The Shorea Negeri Sembilan - 1
The Shorea Negeri Sembilan - 2

Tempat ini berlokasi di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia telah dibina oleh sebuah arktiek yang menghargai ketenangan alam semulajadi sebagai tempat percutian peribadi untuk keluarganya.

Seiring dengan tema pemeliharaan alam, kayu yang dipakai untuk membina resort ini adlaah kayu yang telah dikitar semula.

Tempat ini juga mempunyai 2 kolam renang buatan manusia dan satu kolam renang air sungai semula jadi. Di sini, anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti mountain biking, jungle treking, nature walk dan mandi di air terjun Jeram Toi.

Alamat: Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan.

10. SIPADAN WATER VILLAGE, SABAH

Sipadan Water Village Sabah - 1
Sipadan Water Village Sabah - 2

Percutian di sini, anda dapat melihat rumah berunsurkan seni reka kaum Bajau. Tempat ini terletak di Pulau Mabul, kawasan ini menjadi tmepat kediaman nelayan Bajau. satu ciri unik yang terdapat pada seni bina kaum Bajau ini adalah mereka akan membina rumah mereka mengunakan bumbung pelepah.

Di sini juga terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh anda lakukan seperti Scuba Diving. Pulau Mabul dan Sipadan terkenal sebagai destinasi Scuba Diving bertaraf dunia. Terdapat bayak spesis ikan exotik, batu karang dan penyu.

Alamat: TB 231, Lot 8, P.O. Box 62156, 91031 Tawau, Sabah.

Selamat bercuti!

Sumber: maisinggah.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *