7 Nutrien PENTING Untuk Wanita Muda!


Anda sibuk bekerja sehinggakan badan rasa sakit-sakit? Walhal, umur masih dalam 20-an lagi. Ini tips kesihatan untuk wanita muda yang inginkan penjagaan kesihatan terbaik. Ada 7 makanan kesihatan wanita yang perlu diambil untuk kekal sihat.

Nak tahu apa? Jom ikuti artikel kami!

7 makanan kesihatan wanita terbaik untuk anda

1. Asid folik

Anda perlukan: 400 mg sehari

Asid folik amat penting untuk wanita seawal usia remaja.

Semua wanita yang boleh mengandung disarankan mengambil asid folik setiap hari walaupun tidak merancang hamil dalam masa terdekat.

Asid folik sangat penting untuk mengelakkan kelahiran bayi dengan kecacatan saraf tunjang (NTD). Penyakit ini merencatkan pertumbuhan otak dan juga saraf tunjang bayi.

Bayi yang lahir dengan NTD akan mengalami masalah kesihatan yang kekal seumur hidup. Keadaan ini dapat dielakkan dengan pengambilan asid folik yang cukup setiap hari.

Oleh itu, wanita muda khususnya amat digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi asid folik. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan pemakanan makanan yang kaya dengan asid folik.

Sebagai contoh, amalkan makan sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kubis, kekacang dan juga buah-buahan seperti oren dan betik.

2. Zat besi

Anda perlukan: 18 mg sehari

Lelaki dan perempuan perlukan zat besi untuk pembentukan sel darah merah. Tanpa sel darah merah yang mencukupi, oksigen tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan sempurna.

Keadaan ini juga dikenali sebagai animia kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia).

Simptom utama kekurangan zat besi ialah sering rasa penat walaupun hanya membuat kerja-kerja ringan.

Selain itu, disebabkan wanita, datang haid sebulan sekali mereka memerlukan lebih banyak zat besi sehari berbanding lelaki.

Tips kesihatan dari kami ialah anda juga boleh mengamalkan makan makanan seperti daging merah, hati, kerang-kerangan, ikan, telur, kekacang, pisang dan juga bayam.

3. Vitamin D

Anda perlukan: 160 IU sehari

Ya betul tu, badan kita perlukan vitamin D! Jadi, jangan takut untuk keluar rumah dan biarkan diri disinari cahaya matahari pagi!

Wanita yang kurang vitamin D mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami sakit jantung, strok, kencing manis dan darah tinggi ketika sudah lanjut usia nanti.

Wanita yang mengandung pula akan lebih cenderung mengalami preeklamsia dan diabetes gestasi akibat daripada kekurangan vitamin D.

Oleh itu, selalulah berjemur di bawah pancaran matahari ya! Bukan sahaja anda akan mendapat dos vitamin D harian anda, tetapi dalam masa yang sama mood anda juga akan bertambah baik!

Cuma, hati-hati jangan berjemur terlalu lama!

4. Vitamin E

Anda perlukan: 15 mg sehari

Vitamin E penting untuk sistem imun badan kita, bagi melawan jangkitan virus dan bakteria.

Selain itu, vitamin E juga adalah sejenis antioksiden yang mampu melindungi kulit daripada radikal bebas.

Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel di dalam tubuh badan dan mengakibatkan penuaan. Radikal bebas juga terkandung dalam asap rokok, pencemaran udara dan juga di dalam pancaran sinaran UV daripada matahari.

Vitamin E bagus sebagai makanan kesihatan wanita kerana mampu meneutralkan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.

5. Magnesium

Anda perlukan: 310 mg sehari

Badan anda memerlukan magnesium untuk kekal sihat. Lebih daripada 600 fungsi badan memerlukan magnesium untuk berfungsi.

Badan memerlukan mineral ini untuk menjana tenaga, menggerakkan otot, dan juga memperbaiki gen di dalam badan.

Tips kesihatan untuk anda: Dapatkan magnesium melalui yogourt, susu, kekacang dan juga sayuran hijau seperti bayam.

6. Kolin (Choline)

Anda perlukan: 425 mg sehari

Kolin ialah salah satu nutrien penting untuk tubuh badan kita. Ia tidak tergolong dalam vitamin ataupun mineral. Tetapi, kolin bagus jika dijadikan makanan kesihatan wanita.

Kolin adalah penting untuk memelihara fungsi hati, otak, pergerakan otot, sistem saraf dan juga metabolisme badan.

Anda boleh mendapatkan dos yang cukup untuk kolin dalam makanan seperti hati, daging, ikan, kekacang dan juga telur.

7. Probiotik

makanan kesihatan wanita

Probiotik bukanlah sejenis nutrien ataupun vitamin, tetapi penting bagi sistem penghadaman wanita.

Selain itu, probiotik juga mempunyai kebaikan kepada kesihatan vagina perempuan. Probiotik boleh mengekalkan keseimbangan bakteria normal dalam vagina dan juga saluran kencing.

Jangan lupa amalkan makanan kesihatan wanita di atas!

Sebagai wanita, janganlah anda abaikan kesihatan anda ya! Ikuti tips kesihatan wanita yang kami berikan. Banyak makanan penuh nutrisi yang boleh diambil untuk pastikan badan anda kekal sihat.

Paling penting, amalkan pemakanan gaya hidup sihat dan selalulah bersenam.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *