7 KOTA TERUNIK DI DUNIA


Cakap pasal kota terunik di dunia ni kan, apa yang akan terlintas dalam fikiran korang mula-mula? Kalau saya…hurmm.. saya akan fikir kota tu cantik, sebab tu dia dikatakan unik kot. Apa-apa pon jom kita tengok kota-kota yang unik tu~~

SLAB CITY

kota terunik di dunia

Kota ini dihuni oleh orang tua, seniman dan pengemis yang hanya ingin menghabiskan masa di tempat yang bebas, tenang, tanpa segala aturan mengikat, dan enggan melakukan aktiviti berfaedah.

Kota ini tidak mempunyai elektrik, PAM air, dan kemudahan infrastruktur yang lain. Masyarakat disini menggunakan generator atau sistem solar untuk menghasilkan elektrik harian.

Kota yang bebas dan tiada peraturan.

MIYAKE-JIMA

kota terunik di dunia

Miyake-jima adalah pulau vulkanik berpenghuni di kepulauan Izu, Laut Filipina, sekitar 180 kilometer arah tenggara Honshu, Jepun. Kota ini terletak di bawah gunung aktif. Di sana mereka di sarankan untuk memakai mask setiap hari untuk mengelak dari menghirup udara beracun iaitu gas yang mengandungi sulfur. Masyarakat kota ini sanggup untuk tinggal di kota itu kerana dikatakan pemerinta Jepun akan memberikan gaji tahunan pada seseorang yang sanggup tinggal di Miyake-Jima.

Kota ini mempunyai flora dan fauna yang unik dan luar biasa tetapi habitatnya sellau terancam disebabkan oleh aktiviti manusia dan gunung berapi.

SETENIL DE IAS BODEGAS

kota terunik di dunia

Lokasinya terletak di Benua Eropah. Kota ini bernama Setenil de Ias Bodegas yang terletak di Provinsi Cadiz, Spanyol. Kota kecil ini terletak 157 kilometer timur laut dari Cadiz dengan pengaturan yang khas di sepanjang ngarai yang sempit. Kota ini dikatakan unik kerana ada batu basalt yang besar berada tepat di atas rumah setiap masyarakat disitu. Kota ini bukan sahaja unik kerana batu tersebut, tetapi ia juga unik disebabkan oleh produk olahan daging yang berasal dari haiwan ternakan setempat di situ.

NEFT DASLARI, KOTA TERUNIK DI DUNIA MENCAKUP TAMBANG MINYAK

Neft Daslari adalah sebuah kota yang mempunyai keluasan sekitar 300 km yang terletak di Azerbaijan, 100 km dari ibu Kota Baku dan 55 km dari pantai terdekat Laut Kaspia.

Keunikan utama Neft Daslari adalah dibangunkan di tengah laut. Ia tepat berada di atas ladang minyak. Kota ini juga dikenali sebagai Oil Rocks kerana ciri-ciri khasnya.

ROSWELL, KOTA TERUNIK DI DUNIA ala-ala ALIEN

kota terunik di dunia

Kota ini terkenal dengan lagenda UFO yang berisi alien/makhluk asing yang pernah mendarat di sana. Pada Julai 1947, kota ini telah mendapat laporan bahawa ada pesawat angkasa lepas (UFO) yang jatuh di sekitar Roswell. Semenjak insiden UFO jatuh itu, ia telah menjadi perbahasan dan kontroversi yang dikaitkan dengan beberapa teori konspirasi. Kota ini terletak di New Mexico, Amerika Syarikat.

MANSHIYAT NASER

Kota ini adalah kota yang dipenuhi dengan sampah sarap dari Kairo, Mesir. Bahan buangan dari kota besar Kairo akan dilimpahkan ke Manshiyat Naser. Tapi bukanlah sampah yang jijik dan berbau itu. Kerana tak semua yang ada di kota Manshiyat Masir ini adalah sisa makanan atau sesuatu yang basah.

Penduduk disini juga mempunyai pekerjaan mereka masing-masing, khususnya menjadi pengolah sampah. Disana, setiap satu keluarga akan mempunyai khusus jenis sampah tertentu yang akan mereka kumpulkan dan jual.

KOTA GUA MATMATA

Haa Kota ini pula mempunyai suasana seperti zaman purba. Ia terletak di Tunisia Selatan dan berbahasa Berber. Kebanyakan masyarakat di sana hidup dalam struktur tradisional ala troglodyte atau hidup di bawah tanah dalam gua.

Sumber: 99.co/blog


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *