7 jenis MINUMAN Terbaik untuk berbuka puasa


Detox fruit infused water. Refreshing summer homemade cocktail, selective focus.; Shutterstock ID 625782563; Purchase Order: GSK02272019

Bila time berpuasa, korang mesti lebih rasa dahaga berbanding rasa lapar kan? Sudah semestinya bila tiba waktu berbuka tu, minuman gelas yang akan kita capai dulu daripada makanan. Disebabkan itu, ramai yang menjual air berbanding makanan. Lagi-lagi time berbuka, korang akan minum air lebih daripada makan. Lepas tu kenyang cepat. Ingat tau kalau tersilap minum, boleh sakit tau perut korang tu.

Siapa yang dekat sini tahun ni nak cuba mengamalkan gaya hidup sihat? Angkat tangan! Uish ramainyaaa~ Okay, jom baca sampai habis, sebab saya nak kongsi kepada korang semua, 7 jenis minuman terbaik untuk berbuka puasa nanti. Let’s check it out!

1. AIR PUTIH

Mudah dan ringkas. Air putih/kosong mempunyai sifat neutral dan mampu menghidrasi badan. Air putih/kosong ini sangant penting untuk badan. Apatah lagi sewaktu bukan bulan puasa pun kita dah kena minum 8 gelas sehari. Kalau time bulan puasa pun kita kena lah perbanyak kan minum air putih/kosong ketika sahur dan berbuka.

2. AIR KELAPA

Dari Mana Asal Air Kelapa? | Belajar Sampai Mati

Air kelapa kaya dengan zat elektrolit dan mampu menhilangkan rasa dahaga dengan cepat. Ia juga membantu dalam menyegarkan badan. Ia juga mempunyai nutrien lain seperti vitamin C, magnesium dan pelbagai lagi.

3. AIR BARLI

Barley Water During Pregnancy: Benefits And Risks - Being The Parent

Air barli mengandungi kandungan probiotik dan bakteria baik bagi membantu kesihatan pencernaan anda. Ia juga membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh dan mengembalikan tenaga dengan segera. So, jom minum barli. Korang boleh campur dengan madu, lemon, ais dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.

4. AIR TEMBIKAI

Watermelon Juice with Mint | The Delicious Crescent

Tembikai merupakan antara buah yang terbaik dijadikan jus untuk berbuka puasa. Secara semula jadinya, tembikai adalah buah yang mengandungi kandungan air yang sangat tinggi. Jadi, ia mampu menghilangkan rasa dahaga anda sekaligus dapat menyegarkan badan korang dengan segera. Bukan sahaja sihat, tapi sedappp. Buah tembikai juga kaya dengan lycopene iaitu sejenis zat yang berperanan sebagai antioksidan yang kuat.

5. SUSU KURMA

Two date shakes in tall glasses

Kalau korang jenis yang sukakan minuman bersusu, korang boleh mencuba buat air susu kurma. Sedapnya, Korang boleh blend kurma bersama susu. Selain itu, korang juga boleh tambah ais dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Selain dari hilang rasa haus, ia juga dapat menyeimbangkan kadar kandungan gula dan memberikan tenaga dalam badan korang jugak.

6. TEH

Here Is Why Your Next Cup Of Tea Will Cost More Money

Haa yang ni korang selalu minum kan? Tapi tu lain, cuba korang try yang tak ada gula punya untuk mendapatkan kesan yang baik. Atau kalau korang nak letak gula jugak, korang boleh gunakan gula perang atau madu untuk gantikan gula. Letak perahan lemon sikit untuk menenangkan fikiran. Itu baru dapat kesan yang positif dari minum air teh’O.

7. AIR DETOKS

9 Ingredients For Your Detox Drink | The Beverage Experts

Untuk siapa yang bertekad nak diet tu boleh la minum air berkhasiat ni. Korang boleh letak buah kesukaan korang dalam air putih dan letakkan dalam peti sejuk. Bila tiba masa berbuka, boleh la minum sejuk-sejuk. Wahh sedap, menyegarkan dan sihat. Complete packages tu~

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba ya!

Sumber: maskulin.com.my


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *