7 IDEA kreatif di pasaraya yang memudahkan pengguna.


PASARAYA adalah tempat yang selalu dikunjungi oleh masyarakat untuk membeli keperluan-keperluan harian. Terdapat pasaraya beberapa pasaraya yang mempunyai servis membeli-belah yang kretif dan memudahkan pengguna/pembeli yang mengunjungi pasaraya tersebut.

So…..harini saya akan kongsikan 7 idea kreatif oleh pasaraya yang memudahkan pengguna untuk membeli-belah.

1. Troli berkalkulator

troli berkalkulator

Ini untuk seseorang yang bila berbelanja, suka merancang dan mengehadkan perbelanjaan. Ia sangat membantu, boleh kira-kira sambil membeli. Tak ada lah terlebih membelih nanti.

2. Bakul bertanda

bakul pintar

Okay, ni selalu jadi dekat kita kan. Kita just nak masuk je tengok-tengok atau nak pergi cari sendiri barang, tapi tiba-tiba didatangi pembantu pasaraya yang asyik bertanya, seolah-olah menganggu privasi korang untuk berbelanja.

Berdasarkan gambar di atas, bakul ni disediakan di pasaraya Korea Selatan, yang mengambil pendekatan untuk membuat pengguna lebih selesa untuk membeli-belah.

3. Pek belian gelandangan

pek untuk gelandangan

Pasaraya ini mengambil inisiatif yang bijak dengan menyediakan pek untuk diberikan kepada gelandangan. Kadang-kadang leceh juga nak beli satu-satu then nak kena bungkus pula kan. So pasaraya ini memudahkan kita untuk buat semua tu. Semuanya dah disediakan.

4. Label lebih jelas

nota produk lebih jelas

Kalau orang yang mahir pasal buah-buahan tu, itu tiada masalah bagi mereka untuk memilih buah di pasaraya, yang mana okay, yang mana tak okay, yang mana dah masak, yang mana belum masak. So, pasaraya ni memudahkan lagi untuk pengguna beli buah-buahan dengan meletakkan label yang menyatakan buah itu dah masak atau belum masak.

5. Troli dengan kanta pembesar

kanta pembesar pada troli

Troli dengan kanta pembesar ni sesuai untuk siapa yang ada rabun. Lagi-lagi sangat membantu untuk orang tua/warga emas. Memudahkan mereka untuk melihat label atau ingin membaca sesuatu informasi di pasaraya.

6. Senarai lokasi barangan di troli/sistem peta berkomputer

label pada troli
troli bersistem

Haaa ni sangat membantu, kadang-kadang kita kesuntukan masa dalam mencari barang di pasaraya. So, list tempat barangan/peta berkomputer ni sememangnya membantu pada waktu itu. Kita juga dapat jimatkan masa time nak cari barang tu.

7. Eskalator untuk troli

escalator untuk troli

Eskalator untuk troli sahaja. Ni untuk memudahkan pengguna untuk naik eskalator. Kadang-kadang eskalator di pasaraya tidak semuanya mendatar, ada juga eskalator yang berbentuk tangga tu, dah kena tunggu lift pula, ramai pula yang naik lift time tu, dah membazir masa. So…eskalator troli ni membantu untuk memudahkan pengguna/pembeli juga.

Sharing is caring~

Kot-kot ada yang nak buka pasaraya sendir ke nanti kan? Boleh la buat inovasi ni. Semoga bermanfaat!

Sumber: https://iluminasi.com/bm/9-idea-kreatif-di-pasaraya-yang-memudahkan-pengguna.html


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *