7 Cara Menghargai Pasangan Anda


Cara Menghargai Pasangan. Adakah anda mengalami masalah hubungan suami isteri? Ketahui cara untuk menghargai pasangan anda di sini..

Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang suami. Walaupun ianya nampak mudah, tetapi jika tersalah langkah boleh mengundang pecah belah di dalam rumah tangga, bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan.

Tips di bawah bukan hanya ditujukan pada pasangan yang sudah berkahwin sahaja, tetapi buat juga pasangan yang masih belum berkahwin.

1. Terima pasangan hidup anda dengan seadanya

Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri.

Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya yang ada pada pasangan tidak membandingkan satu sama lain

2. Lakukan aktiviti bersama

Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilaku bersama pasangan anda. Misalnya, menonton movie di rumah atau menonton wayang, shopping seperti waktu bercinta dahulu.

 Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini adalah petanda yang sangat tidak baik dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pasangan anda

3. Jujur  dalam perhubungan antara satu sama lain

Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan.

Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Beritahulah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

4. Berikan pasangan layanan yang terbaik

Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan  setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak anak.

5 Kawal emosi supaya tidak berlaku pergaduhan

Apabila marah atau ada hal yang menggangu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja lebih lebih lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal cukup hadiah itu buat pasangan menghargai pemberian anda

7. Beri pujian kepada isteri sebagai tanda perhargaan

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

Kesimpulan

Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik, mereka perlulah ditegur, dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *