7 πŒπ€π™π„ di dunia sebenar! Menarik kan?!


MAZE adalah jalan yang bercabang dan mencabar yang bermula dari pintu masuk untuk mencari jalan keluar iaitu pintu keluar. Kalau korang tengok cerita “The Maze Runner” mesti korang tahu apa itu MAZE.

Maze ni macam laluan yang bercabang, banyak cabang yang boleh menyesatkan, hanya ada satu sahaja jalan yang betul untuk menemukan jalan ke pintu keluar. Haa bunyi dia macam menarik kan? Memang menarik, lagi-lagi siapa yang suka benda mencabar ni.

Tapi kalau di dunia sebenar, takda adalah macam dalam cerita “The Maze Runner” tu. Ni yang jenis cantik dan tidak merbahayakan. Jom kita tengok!

1. Hampton Court Maze, U.K

Maze ini terletak di luar kawasan London, the Hampton Court maze ni adalah maze yang tertua. Ia juga merupakan maze yang masih hidup di UK. Sejarahnya bermula dari awal tahun 1700-an apabila ada beberapa pernah hilang di dalam semak-semak ini selama berabad-abad lamanya.

2. Richardson Farm Corn Maze, Spring Grove, III

Untuk maze yang ini pula, setiap tahun tema dan designnya akan berubah-ubah. Jadi jalan melalui maze ini pon akan berubah-ubah mengikut tahun. Maze ini adalah maze yang terbesar, menurut mereka.

3. The Tangled Maze, Australia

Maze yang ini adalah maze yang cantik dan dipenuhi dengan bunga-bunga di sekeliling anda, ia akan membuatkan anda rasa tidak mahu menemukan jalan keluar secepat mungkin. Ia bagaikan masuk di alam cerita dongeng puteri-puteri Disney.

4. Snakes and Ladders Maze, U.K

Michael Blee mereka maze di tanah yang berkeluasan lebih dari lima ekar. Dia membuat penghormatan ini untuk permainan papan Ular dan Tangga pada tahun 2007.

5. Dole Plantation Maze, Oahu, Hawaii

Maze ini merupakan maze yang terbesar pada tahun 2008. The Dole Pineapple Garden Maze mempunyai dua ciri dan setengah batu garis jalan ada buah tempatan negaranya. Stesen rahsia ada tersembunyi di dalam maze ini dan disertakan dengan jawapan untuk membuka sesuatu misteri.

6. Cherry Crest Adventure Farm, Lancaster, Penn.

Terletak di Lancaster, Penn., maze ini merupakan maze jagung yang sungguh mencabar kerana ia dicipta oleh dua orang Maze Masters sepenuh masa yang sentiasa membantu dalam mereka pengembaraan yang mebingungkan. So, kalau korang nak cuba sesuatu yang sangat mencabar, boleh datang try maze ni. Maze ini sejauh 2 setengah batu dan tidak pernah lagi ada seseorang pon yang dapat mencari jlan keluar kurang dari sejam. Bonus: Di maze ini ada terdapat satu jambatan yang boleh membantu anda untuk mendapatkan jalan dari padangan atas maze tersebut.

7. Maze At Villa Pisani, Italy

Bercakap tentang maze botani dengan akar, orang Napoleon; Hilter dan Mussolini pernah tersesat di sini sekali dan disebabkan itu, mereka enggan lagi masuk kerana kerumitan itu. Maze ini dibina pada tahun 1720. Ia mempunyai sebilan bulatan sepusat dan jalan mati. Ia dibina pada ketinggian yang terlalu tinggi sehingga sukar untuk dilihat. Jadi kalau sesat dalam ni, susah sikit la nak cari jalan even tak besar sangat. Hanya boleh lihat kawasan maze apabila sudah sampai di bangunan tengah2 maze itu.

Sumber: mtv.com/news


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *