6 TIPS MENU SIHAT KETIKA BERSAHUR


Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke-7 Ramadhan dan sudah 7 hari jugalah kita bersahur. Ada yang sudah terΒ missedΒ sahur ke? Alhamdulillah setakat nih akak gojes tak ada yang terΒ missedΒ sahur, cuma kadang-kadang tu ada lah terlewat sikit sahur tapi masih sempat untuk bersahur.

akak gojes suka bersahur dengan menu yang ringkas sahaja seperti kurma, roti hancur bersama roti bijirin dan air kosong. Ringkas kan? Bagi yang suka menu ringkas macam akak gojes ni boleh nak cuba resepi menu sihat yang akan dishare dekat bawah.

  1. Kurma

Kurma ni sangat elok untuk anda makan ketika bersahur kerana ia mengandungi kandungan serat yang sangat baik untuk sistem pencernaan. Anda boleh ambil sekurang-kurangnya 3 biji sewaktu sahur bersama segelas air putih

2. Oat

Oat juga salah satu makanan yang sihat dan dapat memberikan anda tenaga sepanjang hari seaktu berpuasa. Jika anda tidak berselera untuk makan oat waktu sahur, cuma tambah dengan buah-buahan seperti pisang, strawberi atau mungkin kacang supaya rasanya lebih sedap.

3. Telur

Akak gojes cadangkan supaya anda buat telur hancur, tapi terpulang jika anda mahu masak cara lain. Boleh campurkan telur dengan bawang atau sayur-sayuran. Bersahur dengan telur ni dapat membekalkan tenaga kepada anda sepanjnag hari sewaktu berpuasa kerana ia merupakan sumber protein. Anda juga akan lebih kenyang jika makan telur sewaktu bersahur.

4. Kentang

Akak gojes ada terbaca satu artikel dimana ia menyatakan bahawa perut akan lebih kenyang jika anda makan kentang berbanding roti. Anda boleh cuba untuk membuktikan keberkesanan ini. Ketang ini terpulang pada anda nak masak bagaimana contohnya boleh dipanggang atau jadikan ia kentang putar.

5. Kacang

Kacang ialah sumber lemak, protein dan juga sumber serat yang baik untuk badan. Jika anda tidak makan kacang, boleh tukarkan dengan tempe. Akak gojes lebih suka makan tempe daripada kacang walaupun tempe itu memang dari kacang. Hehe. Ikut citarasa anda masing-masing.

6. Ikan

Ikan juga merupakan sumber protein yang dapat membekalkan tenaga sewaktu berpuasa. Jadi badan anda tidak akan mudah lapar. Anda boleh bakar ikan tersebut bersama sayur-sayuran dan jika anda mahukan menu sihat jangan digoreng ikan itu ya. Selain dibakar, anda juga boleh kukus atau buat sup ikan bersama sayur supaya dapat meningkatkan lagi selera anda ketika berpuasa.

Inilah antara menu sihat yang Akak gojes nak share dengan anda semua. Menu ini bukan sahaja sihat, bahkan ia mudah dan cepat untuk disediakan. Boleh lah anda cuba menu ni untuk sahur esok.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: https://www.azhafizah.com/2016/06/menu-sihat-ketika-sahur.html


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *