6 TIPS MENJADI TUKANG MASAK HEBAT DALAM 1 BULAN SAHAJA.


Tolong jangan samakan diri anda dengan tukang masak profesional melainkan anda seorang chef profesional. Mereka telah melakukan kerja sebagai tukang masak selama bertahun-tahun, sedangkan anda tiada bakat seperti mereka.

Tetapi, jangan risau ‘PRACTISE MAKE PERFECT’. Mana tahu suatu hari nanti anda pula menjadi seorang yang profesional:)

Jom kita lihat tips untuk menjadi tukang masak yang hebat.

  1. Belajar menerima kegagalan

Walau kita gagal sekali pun, belajarlah menerima kegagalan tersebut. Jadikan kegagalan itu sebagai satu pembakar semangat buat anda terus melangkah kehadapan. Ramai je tukang masak yang telah memusanahkan dan menghanguskan makanan mereka sebelum mereka belajar cara memasak dengan betul.

2. Belajar untuk membahagikan tugas

memasak memerlukan banyak tenaga dan fokus kerana melibatkan banyak tugas.

Jika anda kali pertama memasak, agak huru-hara dapur itu. Tetapi apabila anda dengan beraninya membuat langkah dan berusaha membersihkan dapur dengan cepat semasa memasak, memotong sayur dan menghidangkan makanan, anda akan merasa ia satu kerja yang mudah sebenarnya.

3. Dapatkan peralatan dapur yang bersesuaian

Anda tidak akan dapat memasak dengan baik sekiranya tidak mencukupi peralatan atau ada peralatan yang rosak. Antara peralatan yang anda perlukan adalah pisau, papan memotong, mangkuk-mangkuk, alatan memasak, pengadun elektrik dan blender.

4. Dapatkan resepi makanan yang baik, sihat dan mudah

Untuk permulaan, cari resepi yang sederhana dan mudah untuk dimasak dan dihidangkan.

Mungkin ia akan jadi satu masakan yang luar biasa dan sangat lazat.

Sebelum mula memasak, bacalah dahulu buku masakan atau tonton youtube agar anda tidak melakukan kesilapan ketika memasak.

5. Beli bahan-bahan untuk memasak

Sebaik sahaja anda sudah buat keputusan untuk memasak, segeralah ke kedai runcit untuk dapatkan bahan yang anda mahu sekiranya tiada bahan dirumah.

Bagi yang pertama kali mahu memasak, pilih lah menu yang mudah agar bahan bahan yang anda perlukan mudah untuk dapatkan dikedai runcit.

Apabila anda sudah mula biasa memasak,  anda akan tahu bahan apa yang anda boleh ubah, tetapi masih boleh membuat makanan itu lazat.

6. Menyediakan bahan-bahan terlebih dahulu

Sebelum anda panaskan ketuhar atau dapur anda,  anda perlu sediakan perkara-perkara yang perlu disediakan terlebih dahulu.

Sebagai contoh, potong semua bahan-bahan, buang kulit sayur-sayuran, dan ketepikan semua rempah, daging, dan bahan-bahan lain selepas anda menimbang mereka.

Dengan cara ini, anda akan mempunyai masa untuk memeriksa buku masakan dan pastikan bahawa anda mempunyai segala-galanya yang diperlukan.

Ini akan membuatkan anda sukar untuk terlupa sesuatu atau menjadi keliru jika anda mempunyai segala-galanya tersedia terlebih dahulu.

Sumber: https://www.alaf21.com.my/info-Artikel/916/6-Tips-Untuk-Menjadi-Tukang-Masak-Yang-Hebat-Dalam-Masa-1-Bulan


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *