5 Tips untuk kekal positif


Apabila kita semakin meningkat usia, ramai orang yang akan kita jumpa dengan pelbagai karenah dan perangai yang berlainan. Ada yang baik dan ada yang buruk. Ada yang sentiasa memberi aura positif, ada yang memberi aura negatif. Jadi…untuk teruskan kehidupan anda dengan baik dan jangan endahkan aura negatif yang menganggu anda, Mari kita tengok tip-tip yang boleh kita buat untuk kekalkn positiviti.

1. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Bersyukur adalah sesuatu yang tidak mudah untuk dilakukan oleh ramai orang. Jadi cubalah untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, kita akan sentiasa rasa cukup dan In Shaa Allah, kita akan dapat lebih dari kita perlukan.

2. Bersabar even orang buat kita.

Cuba untuk teruskan bersabar dan bersabar. Orang yang bersabar ini besar pahalanya tau. Kalau kita bersabar, kemungkinan untuk orang tu kacau kita lagi sangat tipis, sebab mereka akan rasa bosan nak kacau kita lagi, sebab kita tidak cepat melenting. Selalunya orang akan suka kacau seseorang yang cepat melenting, kerana mereka ada respon yang diingini. So bersabar lah ya… Sabar separuh daripada IMAN.

3. Memaafkan seseorang yang menyakitkan hati kita.

Ini mungkin yang paling susah kan? Ye la kan, orang dah buat kita, takkan lah senang-senang je kita nak maafkan dia ye tak? Tapi perasan tak, kalau kita susah nak maafkan orang tu, hati kita tak tenang pon, bila tengok muka orang tu asyik rasa nak marah je, pastu badmood satu hari. So untuk elakkan berlakunya situasi macam tu. Baik kita maafkan orang tu je. Atleast hati kita tenang, biarlah dia. Kita boleh lah teruskan hidup dengan tenang tanpa mengesahkan kehidupan orang yang sakitkan kita tu.

4. Bergaul dengan orang yang positif.

Jika kita mahu sentiasa positif, kita perlulah mencari kawan atau duduk dengan orang yang positif, supaya dikelilingi dengan orang yang positif. So tak ada lah serabut nanti, kerana anda sentiasa dikelilingi oleh orang yang positif. Even kalau ada masalah pun, semestinya anda akan rasa tenang dan sentiasa positif, kerana MINDSET anda sudah jadi positif “setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian punya” Jangan lah risau…

5. Sentiasa cakap benda yang baik-baik.

Sekarang terlalu banyak bahasa yang kurang sedap didengar yang menjadi trending dan menjadi ikutan ramai orang. Kita jangan lah pergi ikut pula trend tu. Kita cuba untuk sentiasa guna berkataan yang baik dan cuba berikan contoh yang terbaik untuk versi diri kita sendiri, dengan itu kemungkinan besar orang akan pandang kita dengan rasa hormat dan mengelakkan dari guna bahasa yang tidak baik itu didepan kita.

Sumber: daimixmedia.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *