5 tahap jangkitan Covid-19, 88% positif di Malaysia tiada gejala, hanya simptom ringan!


Ramai yang menganggap mereka perlu melakukan ujian saringan Covid-19 apabila terdapat simptom atau gejala sahaja.

Namun tahukah anda, kebanyakan mereka yang disahkan positif sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda Covid-19?

Disebabkan itulah, kita diingatkan untuk mematuhi langkah-langkah pencegahan memandangkan jangkitan ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pada peringkat awal.

5 tahap jangkitan Covid-19

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan 1 maklumat berkenaan 5 tahap jangkitan atau tanda-tanda Covid-19 yang berlaku kepada manusia.

Berikut adalah tahap-tahap jangkitan tersebut.

Tahap 1: Tidak bergejala (assymptomatic)

Pada tahap 1, mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda-tanda Covid-19. Mereka tidak mengalami batuk, selesema atau demam dan hanya kelihatan normal seperti orang lain.

Tahap 2: Bergejala tanpa radang paru-paru (symptomatic, no Pneumonia)

Pada tahap ini, mereka yang dijangkiti akan menunjukkan simptom atau gejala Covid-19 seperti demam, batuk dan selesema. Tetapi mereka tidak mempunyai masalah berkaitan radang paru-paru.

Tahap 3: Bergejala dengan radang paru-paru (symptomatic, Pneumonia)

Pada tahap ke-3, mereka yang dijangkiti masih menunjukkan gejala Covid-19. Tetapi ia ditambah lagi dengan munculnya masalah berkaitan radang paru-paru.

Tahap 4: Bergejala, mempunyai radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen (symptomatic, Pneumonia, requiring supplemental oxygen)

Pesakit yang berada pada tahap ke-4 masih mempunyai gejala Covid-19 dan juga radang paru-paru seperti pada tahap ke-3. Namun, pada tahap ini, pesakit memerlukan bantuan oksigen untuk terus bernafas.

Tahap 5: Pesakit kritikal dengan penglihatan multiorgan (critically ill with multiorgan involvement)

Pada tahap ini, pesakit sudah berada pada satu tahap jangkitan yang kritikal. Ini kerana banyak organ lain dalam tubuh sudah mula terjejas dan berada dalam keadaan yang kritikal akibat jangkitan virus Covid-19.

Peratusan pesakit Covid-19 di Malaysia mengikut tahap jangkitan

Menurut laporan oleh KKM, sebanyak 88% daripada mereka yang telah dijangkiti berada pada Tahap 1 dan Tahap 2. Ini jelas menunjukkan kebanyakan daripada pesakit jangkitan ini sama ada tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda Covid-19 atau hanya menunjukkan gejala yang ringan seperti demam dan batuk.

7% peratus daripada keseluruhan pesakit semasa pula berada pada Tahap 3 dan Tahap 4. Manakala sebanyak 5% daripada baki jumlah keseluruhan pesakit berada pada Tahap 5.

Mengapa ramai pesakit berada pada Tahap 1 dan 2?

Kebanyakan pesakit yang berada pada Tahap 1 dan 2 tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti virus Covid-19. Walaupun mengalami gejala COVID-19 seperti batuk dan demam, mereka mungkin beranggapan ia adalah sekadar batuk dan demam biasa sahaja.

Oleh sebab itu, mereka lebih cenderung untuk mengabaikannya dan hanya melakukan saringan apabila menyedari ada kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19.

Apatah lagi jika mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala ini bergerak ke sana sini dan bergaul dengan individu lain di tempat-tempat awam.

Penularan wabak Covid-19 menjadi lebih mudah dan pantas untuk menyebar kepada orang lain.

Mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah dijangkiti dan seterusnya menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

Kepentingan jarak sosial, kuarantin dan PKP

Disebabkan itu, kerajaan Malaysia sentiasa menyeru agar semua rakyat di negara ini untuk terus menjaga jarak sosial antara satu sama lain.

Ini kerana anda mungkin tidak tahu jika individu yang berada di sebelah anda ketika berada di pasar adalah pembawa jangkitan Covid-19.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah salah satu langkah pencegahan awal untuk mengelakkan lebih ramai individu daripada dijangkiti.

Oleh itu, duduklah di rumah dan jangan keluar jika tiada keperluan. Ikuti langkah pencegahan yang dilakukan kerajaan ini untuk sama-sama memutuskan rantaian wabak Covid-19.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *