5 RESEPI MAKANAN BERKHASIAT


Siapa dekat sini yang nak mulakan hidup sihat? Angkat tangan..Hehehe

Sebenarnya banyak je masakan berkhasiat yang sedap yang boleh kita buat sendiri dekat rumah. Jom kita mulakan…

1) Ayam Panggang Black Pepper

Bahan-bahan:

Ayam bahagian maryland (bakar dalam kuali sahaja – boleh balut dengan daun pisang jika mahu)

Jagung (steam)

Bawang besar

Lobak merah (bakar separuh masak)

Bijan untuk tabur-tabur di atas hidangan

Bahan-bahan untuk sos Lada Hitam:

4 sudu lada hitam (tumbuk guna lesung batu; hancurkan)

2 sudu minyak kelapa

5-6 sudu gula kelapa

Bawang putih (hiris)

Bawang merah (hiris)

Butter (untuk sape atas kuali)

Cara penyediaan sos lada hitam:

  1. Panaskan kuali
  2. Masukkan minyak kelapa 2-3 sudu atau suka hati nak masukkan berapa banyak.
  3. Biarkan minyak panas. Masukkan bawang putih dan merah. Kacau sehingga naik bau dengan menggunakan api sederhana.
  4. Masukkan lada hitam. Kacau bagi sebati.
  5. Kacau selama 2-3 minit.
  6. Masukkan 5-6 sudu gula kelapa. Ikot rasa yang anda mahukan.
  7. Kacau gula sampai larut.
  8. Matikan api. *Kalau nak guna madu pun boleh untuk gantikan gula kelapa. Boleh juga camourkan 2 sudu sos black pepper komersial.

Cara penyedian ayam panggang:

  1. Bersihkan ayam.
  2. Toreh-torehkan sedikit isi ayam supaya sos black pepper boleh masuk ke dalam torehan.
  3. Lumurkan sos black pepper. Nipis-nipis je.
  4. Sapukan kuali dengan sedikit butter.
  5. Masukkan ayam. Tutup dengan tudung supaya ayam dapat masak sepenuhnya.
  6. Sebelum terbalikkan ayam sapukan semula sos black pepper. Nipis-nipis je.
  7. Bila dah masak, angkat dan sapukan lagi sos black pepper tadi lebih banyak dari yang tadi. Biarkan nampak lebih tebal sosnya kali ini.

2) Kerabu sotong

Bahan-bahan untuk ditumbuk:

Cili

Garam

Gula kelapa OCOC

Belacan (optional)

Sos ikan (optional)

Cara penyediaannya:

  1. Tumbuk bahan-bahan diatas sehingga sebati.
  2. Campur semua bahan yang dipotong. Satukan dengan bahan yang ditumbuk. Perahkan limau atau lemon.
  3. Sedia untuk dihidangkan.

3) Oatmeal dengan telur, daun bawang & Tamari OCOC

Bahan-bahan:

3 cawan air sup dari rebusan sayur

4 tangkai daun bawang

2 sudu kecil halia

1/4 sudu teh garam laut

3/4 cawan oats/steel cut/rolled oat

2 biji telur

2 sudu kecil Tamari Soy Sos

1 sudu kecil bijan hitam

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan kuah sup rebusan sayur.
  2. Masukkan 2/3 daripada daun bawang, halia dan garam ke dalam periuk sederhana dan tunggu sampai mendidih.
  3. Tambah oat dan biarkan sehinggan mendidih
  4. Kecilkan api dan tutup dengan menutup periuk.
  5. Kacau sekali-sekala sehingga masak sepenuhnya, kira-kira 20 minit.
  6. Pindahkan masakan tadi ke mangkuk, potong dan massukkan telur rebus.
  7. Tambah sos Tamari, bijan dan baki daun bawang.
  8. Siap untuk dihidangkan.

4) Oat Kari Ayam & Almond

Bahan-bahan:

250g dada ayam

365g santan segar

1 cawan air sup rebusan sayur

3 tangkai daun bawang

1 sudu kecil serbuk kari

1 sudu kecil halia

3/4 sudu teh garam laut

1 cawan rolled oats

2 sudu besar ketumbar segar

2 sudu besar hirisan almond

Cara penyediaannya:

  1. Potong isi ayam kecil-kecil.
  2. Panaskan santan dan air rebusan sayur.
  3. Masukkan daun bawang, serbuk kari, halia dan garam sehingga mendidih dalam periuk kecil.
  4. Kecilkan api. Tambahkan oat dan kacau sehingga masak sepenuhnya. Kira-kira dalam 5 minit.
  5. Masukkan ayam yang dipotong tadi ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
  6. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Pindahkan ke mangkuk dan taburkan daun ketumbar dan hirisan almond diatas hidangan. Sedia untuk dihidangkan.

5) Salad Chickpeas

Bahan-bahan:

2 cawan chickpeas yang telah dimasak

1 batang timun (dihiris)

1 cawan tomato ceri

1 lada loceng hijau (dicincang)

1/2 cawan pasli segar (dicincang)

1/4 cawan zaitun Kalamata (dicincang)

1/4 cawan keju feta (dipecahkan)

Sedikit jus lemon

Minyak zaitun

Lada hitam

Cara penyediaannya:

  1. Hancurkan chickpeas, timun, tomato, bawang, lada, pasli, zaitun, dan keju feta bersama-sama dalam mangkuk.
  2. Campurkan jus lemon segar dan minyak zaitun ke dalam mangkuk tadi.
  3. Taburkan lada hitam di atasnya.

Semoga berjaya!

Credit: neuroversiti blog


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
1
love
lol lol
0
lol
omg omg
1
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *