5 REKA BENTUK rumah unik di dunia


RUMAH merupakan tempat tinggal yang sangat selesa buat kita semua. Rumah kita sendiri lah yang paling selesa bagi kita. Jadi, setiap orang mesti berkeinginan untuk membina rumah yang unik, cantik, dan selesa untuk diduduki bersama keluarga. Reka bentuk sesebuah rumah juga boleh menjadi identiti pemiliknya. Jadi tidak hairan lah kalau ada rumah-rumah yang unik terbina di sekeliling kita, kerana itu adalah salah satu dari identiti mereka. Setiap orang pasti mempunyai ciri-ciri dan personaliti yang berbeza. Jadi, mari kita lihat rumah-rumah yang unik di dunia!

Let’s go!!

1. Rumah piano, China

Rumah unik ini dibina dengan reka bentuk seperti piano raksasa. Ia teletak di bandar Huainan, China. Biola kaca di rumah unik ini digunakan sebagai pintu masuk. Rumah piano ini disokong oleh konkrit sepanjang 3 kaki dan mempunyai teres di bubumbungnya. Dinding yang diperbuat dari kaca juga menambah kesan indah rumah unik ini. Rumah unik in dirancang pada thaun 2007 oleh pelajar seni bina di Universiti Teknologi Hefei.

2. Rumah terbalik, Poland

Rumah unik ini dibina oleh arkitek dari Poland yang bernama Daniel Czapiewski. Pada masa itu, pembinaan rumah unik ini dimaksudkan sebagai ungkapan penghujung era komunis di Poland. Pembinaan rumah ini menggambarkan ketidakstabilan kehidupan sosial yang berlaku pada zaman komunis. Proses pembuatan rumah ini memakan masa hingga empat kali lebih lama daripada rumah biasa. Ini kerana pekerja yang membina rumah ini merasa pening dan binggung semasa menjalankan tugas pembinaannya. Anda juga boleh menggunakan rekabentuk rumah jenis ini sebagai tempat pelancongan ataupun restoran.

3. Rumah Transparent, Jepun

Kediaman di Tokyo, Jepun adalah rumah unik seterusnya. Ini kerana rumah ini mempunyai keluasan sekitar 85 m2 dan ianya dibina secara ‘transparents’ iaitu dindingnya hanyalah menggunakan kaca. Jadi cahaya matahari mudah untuk masuk ke dalam rumah. Bila pagi, tidak perlu bersusah payah untuk membuka lampu. Jimat elektrik. Rumah ini juga membantu peredaran udara di rumahnya terjaga dengan baik disebabkan cahaya matahari senang untuk masuk ke dalam rumah. Anda dapat melihat dengan jelas hiasan dan apa sahaja di dalam rumah ini dari luar. Tapi jangan risau, jika anda perlukan privasi, pasang lah langsir/tirai sekitar dinding rumah tersebut. Tapi banyak lah sikit belanjanya nak beli langsir/tirai yang banyak.

4. Rumah Kasut But, Pennsylvania

Rumah kasut but ini adalah salah satu rumah unik di Amerika Syarikat. rumah berbentuk kasut but ini terletak di Hallem, Pennsylvania. Rumah unik ini diasaskan oleh Kolonel Mahlon Nathaniel Hainess pada tahun 1948. Rumah ini juga diilhamkan daripada kasut lamanya dan mempunyai kepanjangan 7,6 m x 14,6 m. Sejak penubuhannya, rumah yang unik ini telah digunakan sebagai rumah tamu dengan tiga bilik tidur dan tilam berkualiti, dua bilik mandi, dapur dan ruang tamu. Rumah ini juga dilengkapi perabot dengan tema yang serupa iaitu kasut. Kandang anjing dan kotak pos juga berbentuk kasut. Selain itu, terdapat juga reka bentuk tingkap yang dihiasi dengan kasut dan bahkan hingga ke pagar. Bagi anda yang sukakan koleksi kasut, ini boleh menjadi reka bentuk rumah yang sesuai untuk anda.

5. Rumah Batu, Portugal

Rumah batu unik ini diilhamkan oleh siri animasi terkenal ‘The Flintstone’. Rumah ini yang dikenali sebagai Casa do Penedo terletak di antara Celorico de Basto dan Fafe, utara Portugal. Rumah ini telah bermula dibina pada tahun 1972 dan siap pada tahun 1974. Pada pandangan pertama, rumah ini diapit oleh batu kelihatan primitif. Namun, anda pasti tidak akan menyangka design dalaman rumah ini macam mana kan? Ia nya sungguh cantik juga walaupun diluarnya hanya sebegitu rupa. Sebab itu lah ada pepatah inggeris mengatakan ‘Don’t judge a book by it’s cover’.

Sumber: binazrin.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *