5 Perkara yang kita tak perlu hebohkan..


Disebabkan sekarang ni ramai betul orang suka heboh-hebohkan kisah hidup diaorang dekat public. Jadi saya just nak share dekat korang, apa 5 perkara yang kita tak perlu heboh-hebohkan dekat orang ramai:

1. Perancangan besar kita

There's No Such Thing As a Universal Symbol in Dreams

Untuk pengetahuan korang, kalau kita ada sesuatu impian nak buat diwaktu sekarang or untuk masa depan kita. Just teruskan buat dan capai impian korang tu, tak perlu bagitahu orang tentang impian korang. Kita tak tahu apa yang orang akan fikir or buat dekat kita if kita bagitahu semuanya dekat mereka. Lain orang, lain responnya. Ada orang akan tunjukkan respon yang positif, ada orang tidak. So, kalau ada impian or something yang korang rancangkan untuk diri korang tu, just keep it yourself dan teruskan capainya. Dah berjaya nanti dorang akan nampak lah usaha korang tu. Bak kata pepatah “diam2 ubi berisi”.

2. Kehidupan cinta

Love as a consciousness state | Voices of Youth

Yang ni mesti semua orang tahu kan. Contoh lah, si A cerita dekat kawan dia, yang dia bercinta dengan orang ni, then tetiba si A ni putus sebab teman lelaki si A ni kena caras dengan kawan dia sendiri, ataupun putus sebab kisah lain. Tak ke malu atau pun sedih si A ni kan. Lagi satu kita tak tahu kan, kalau kita cerita dekat orang tu, sebenarnya orang tu ada niat buruk ke dekat kita. Hati orang lain2 tau. Kena berjaga2. Doa, mengadu dan berserah kepada Allah kan lebih afdhal. Kalau jodoh, Allah akan tetap jagakan orang untuk kita, even dia jauh pun.

“Jika dia memang sudah tercipta untuk kita, dia akan tetap jadi milik kita. Kalau dia bukan tercipta untuk kita, bertahankanlah sekuat mana pon, dia akan tetap bukan milik kita sampai bila2”

3. Pendapatan kita

What Is Money?. In Economics, money is defined as… | by NicolΓ³ Patti | The  Rebus | Medium

Kalau korang tu ada duit berkepuk-kepuk dalam poket, jangan lah dok tayang dekat orang ramai. Kita tak tahu orang tu memang baik ke jahat. Kalau orang tu ada niat jahat dekat kita, habis lah duit kita tu nanti, tetiba hilang. Lagi satu, hormat lah orang yang susah2 disekeliling kita ni. Kesian dorang. Dok tengok je duit korang tu berkepuk2, bukan nak hulur sikit pon. Haihhh risau kadang2 πŸ€¦β€β™€οΈπŸ€¦β€β™€οΈπŸ€¦β€β™€οΈπŸ€¦β€β™€οΈ.

Sama2 lah hormat-menghormati. Kalau nak sedekah pon jangan riak. Ikhlaskan hati. Pasti Allah akan jaga.

4. Langkah kita seterusnya

Next Steps - Cass City Missionary Church

Okay yang ni mesti ramai orang buat. Bila nak buat sesuatu je mesti bagitahu orang. Then, minta orang kata “WOW” gitu. Tak payah bagitahu orang apa yang kita nak buat, orang bukan kesah pon. Teruskan melangkah. Dah berjaya baru orang nampak kita time tu. Manusia ni, bila orang dah berjaya baru dia nampak. Tak berjaya takdenya dia kesah kan kita. “So keep it up, walk and walk, chasing your dreams”. Lagi satu, percaya pada Allah, apa pun korang nak buat dalam hidup, jangan lupa Allah sentiasa ada dengan korang. Nak buat benda baik, teruskan. Your dreams will comes true.

5. Masalah keluarga

Family - Explorations

Ada kawan yang bila susah dan senang dia sentiasa ada. Tapi ada juga kawan yang bila senang je dia ada, time susah dia tak da. Ada juga kawan yang bila kita cerita masalah kita dekat dia, dia pergi bagitahu sekampung pasal masalah kita. Habis ‘secret’ kita tu dicanangnya kawan tu. Sebab tu kalau ada masalah, terus doa dan minta dan mengadu pada Yang Satu, Allah. Allah akan tolong kita. Percaya lah. Jangan berharap pada manusia, dorang tak boleh bantu korang pon. Yang boleh kurangkan beban korang pon nanti Allah je. Kalau korang cakap kawan ko boleh bantu ko tu, tu pon sebab Allah gerakkan hati dia nak bantu ko, kalau tak, takdanya dia nak bantu. Tapi terima kasih lah dekat dia kalau dia tolong tu. Jangan sombong pulak. Yang penting sekarang ni, just berharap pada Pencipta kita, Allah. Semuanya akan menjadi mudah.

Semoga membantu dan selamat maju jaya!

Sumber: Pinterest


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *