5 PERKARA yang kita kena buat untuk BERJAYA


Korang pernah terfikir tak, apa perkara yang kita selalu buat yang membuatkan kita tak dapat capai kejayaan yang kita nak. Ayat dia macam rumitkan? Tapi boleh faham kan? Okay let’s go move on to the topic…

Antaranya adalah:

1. Jangan berfikiran negatif, sentiasalah positif

Untuk pengetahuan korang ya murid2, fikiran negatif ni sangat lah berbahaya ya. Dia boleh buatkan kita sentiasa tak yakin dengan diri sendiri dan asyik bergantung pada pendapat orang lain. Sedangkan sebenarnya kita ni boleh je buat, tapi disebabkan kita tak yakin. Dia jadi orang lain plak yang menentukan hidup kita. So, sentiasalah berpikiran positif, bila kita sentiasa berfikiran positif, kita kan sentiasa yakin dengan diri kita. Lagi satu, korang kena yakin pada Yang Maha Esa. Sentiasa berdoa. Even benda tu bagi orang tak logik untuk berlaku, tapi sebenarnya boleh berlaku dengan bantuan Yang Maha Esa. Kata kuncinya adalah YAKIN.

2. Bersyukur

Haa ni lagi satu…sape yang sentiasa tak bersyukur tu haihh susah la nak cakap, korang kena bersyukur tau. Kalau korang bersyukur, korang boleh dapat semua yang korang perlukan. Bila kita bersyukur ni sebenarnya nanti Allah akan bagi lebih lagi dekat kita. Contohlah eh, korang bersyukur dengan kecantikan korang, nanti kecantikan korang tu akan bertambah. Kalau tak percaya cer try nanti. Aku nak terangkan pon susah la plak. Tapi memang menjadi. Sebab nanti korang tak akan banding2kan diri korang dengan orang lain dah. Semua manusia ni cantik tau, cuma kecantikan kita berbeza dan ada keunikan masing2. Percaya lah.

3. Cita-cita

Semua orang mesti ada cita-citakan? Bukan cita-cita yang bila besar nak jadi apa tu, ni cita-cita yang membantu kita untuk bangkit, keep moving forward gituw. Kita kena setkan cita-cita kita tau, supaya kita ada lah arah tuju and adalah checklist nak kene buat apa nanti untuk bagi kehidupan kita ni penuh warna-warni. Takde la kita hidup just untuk hidup je, bosan kan? So, sekarang korang buat lah cita-cita untuk capai cita-cita tu. Mesti boleh punya capai nanti, usaha ja. Then, doa. Even tak logik pon, mesti boleh punya. Tapi kalau tak dapat tu jangan lah down pulak. Mesti Allah dah tentukan jalan hidup kita yang lebih baik.

4. Bersenam

Selalu asyik suruh bersenam kan? Memang tak ada dah cara lain, kalau nak berjaya kena lah sihat wey. Kalau tak sihat macam mana nak berjaya, cer bagi tahu, kalau dah sakit, mana boleh bekerja dah. Haaa Haa, betul tak? Kesihatan kena jaga, baru boleh pergi jauh in shaa Allah. Cuba lah sehari 30 minit ke, paling lama sejam. Kalau malas sangat, buat senaman yang duduk tu. 15 minit untuk beginner ke. Asalkan buat. Chayokk!

5. Jaga penampilan diri

Penampilan diri ni penting jugak actually, sebab first expression orang dekat kita adalah dia tengok penampilan kita dulu which is luaran kita macam mana. Dah kalau korang pakai tak kemas, macam mana orang nak dekat kan? Macam mana orang nak jadi kan korang tu contoh untuk masa depan nanti kan? Dapat tak apa yang saya nak sampaikan ni? Harapnya faham lah ya. Tapi jangan la melebih-lebih dalam berpakaian or apa2 pon. Simple but elegant is okay. Less is more. Simple tapi kemas dan nampak bersih. Haa macam tu. Boleh kan? cuba tau.

Semoga bermanfaat!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *