5 Makanan Halal di KOREA WAJIB Cuba Jika Kesana.


Negara yang majoritinya bukan Muslim sangat sukar untuk mendapatkan sumber makanan halal terutama bagi pelancong Muslim. Makanan yang kelihatan begitu lazat di negara asing belum tentu kita dapat nikmati kerana majoritnya tidak halal.

Artikel ini sangat sesuai bagi anda yang hendak melancong ke luar negara terutamanya Korea kerana ia menyenaraikan beberapa restoran halal di Korea Selatan.

#1. Yang Good BBQ

Yang Good BBQ menghidangkan hidangan BBQ buat para pelanggannya. Pelancong muslim tidak perlu risau dengan kepingan daging yang dihidangkannya kerana ia dijamin halal dan boleh dimakan.

Sos yang digunakan untuk perapan daging ialah sos manis korea yang dijamin halal dan lain daripada yang lain. Sup kambing, mulnaengmyeon (mee sejuk), deonjang – jjigae ended (sup tanpa kacang soya) antara yang boleh anda nikmati dengan selamat.

Waktu operasi di resotoran Korea ini ialah seawal jam 4.00 petang sehingga 12.00 malam. Keenakan menu di sini cukup terserlah, lebih – lebih lagi perapan dagingnya yang cukup lengkap dengan rempah ratus aslinya.

Alamat :15 Nonhyeon-ro 95-gil, Yeoksam-dong, Gangnam-gu, Seoul

#2 Balwoo Gongyang

Sayuran serta bahan yang digunakan bagi menyediakan menu vegetarian adalah segar dan berkualiti bagi menjamin keenakan menu yang disediakan dan yang penting dijamin halal serta boleh dimakan oleh semua orang.

Alamat: Gyeonji-dong, Jongno-gu, Seoul.

#3. Salam turkish restaurant

Lokasi Salam Turkish Restaurant adalah berhampiran Masjid Itaewon dan ia menjadi tempat perhatian ramai pelanggan terutama pelanggan muslim yang beragama Islam. Selain dapat menunaikan solat di masjid ini, anda juga boleh menjamu selera dengan hidangan halal di sini.

Restoran ini menyajikan menu dari Timur Tengah seiring dengan nama restoran. Menu popular di restoran ini adalah Dolma Biber, nasi diisi dalam paprika, daging kambing serta sayuran yang sedikit manis.

Alamat: 39 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul

#4 Eid halal korean food

Sekiranya anda sudah pening mencari restoran Halal di Korea ini, bolehlah singgah ke Masjid Seoul Central. selain dapat menunaikan solat, and ajuga boleh menikmati makanan Halal disini.

Eid Halal Korean Food berhampiran masjid dan menyajikan pelbagai menu hidangan untuk santapan masyarakat Muslim. Restoran ini sering menjadi tumpuan ramai terutama semasa makan tengahari.

Ramai pelancong luar menjamu selera di sini setelah melawat ke Seoul Central Central. Jadi, anda dinasihatkan agar membuat tempahan awal untuk elakkan and akebuluran menunggu makanan. Kedai ini beroperasi pada pukul 11.30 pagi sehingga 9.00 malam dan akan ditutup setiap hari Isnin.

Alamat: 67, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul

#5 Siti Sarah

Siti Sarah yang ditubuhkan sejak tahun 2012 ini bukanlah milik penyanyi Malaysia, iaitu Siti Sarah Raisuddin. Pastinya anda tidak akan dapat melihat sebarang poster Siti Sarah di sini ya !

Restoran Siti Sarah ini menyediakan pelbagai menu masakan Korea, Malaysia, Indonesia dan juga Egypt. Ianya sudah tentu hidangan halal buat para pelanggan Muslim. Restorannya agak simple, namun tidak pada hidangannya.

Pastinya anda merasa gembira dengan hidangan yang disajikan.

Alamat : 137-47 Itaewon 1(il)-dong, Yongsan-gu, Seoul

Sumber: https://saji.my/restoran-makanan-halal-di-korea/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *