5 JENIS MANUSIA KITA AKAN JUMPA SEBELUM BERJAYA


Semua orang nak berjaya betul tak? Jom dengar share dari seorang ustaz ni.

Jika diperhatikan sekeliling sebenarnya kita dikelilingi oleh pelbagai jenis orang dan tidak dapat dinafikan kebiasaanya ahli keluarga yang terdekat dan yang paling hampir itulah sebenarnya menjadi tulang belakang untuk kita mencapai kejayaan.

Namun, ada juga jenis orang yang tidak suka melihat orang lain berjaya. Ada sahaja yang dengki, iri hati dan cemburu dan atas sebab itulah berlaku macam macam perkara untuk menjatuhkan seseorang itu. Begitulah lumrah kehidupan , rambut sama hitam, namun hati lain lain. Namun begitu, ada yang menyokong dan ada juga yang membantah.

Menurut Ustaz Khairul Anuar Basri terdapat 5 jenis manusia yang kita akan jumpa dalam menempuh laluan ke arah kejayaan. Semua ini penting dan bermanfaat untuk push kita capai apa yang kita mahukan.

  1. Orang yang tak suka kita berjaya

Orang yang jenis macam ini memang tak akan support kita. usahkan nak support, kata-kata semangat pun tak akan dibagi. Biasanya orang macam ini akan mengeluarkan kata sebegini “nanti kau akan menyesal, “tak payah buat la, pening kepala engkau je nanti” dan lain-lain.

Kalau kita jumpa orang macam ni kita jangan marah atau geram. Kita biar je senyum dan ucapkan terima kasih dalam hati. Jadikan orang macam ni sebagai pembakar semangat untuk kita buktikan yang kita boleh berjaya. Jangan bairkan dia pandang rendah atau bertepuk tangan atas kegagalan kita.

2. Orang yang tinggal kita separuh jalan

Orang macam ni pun ramai tau. Selalu jekan kita junmpa orang macam ni. Biarkan kita terkapai kapai seorang diri.

Awal -awal bukan main nak berpartner lah.. nak berjaya sama-sama lah, nak buat sama-sama lah. Last-last sekali dia entah kemana, bisnes kemana, janji pun kemana. Beriya-iya nak buat itu ini, meeting pun hanya sekadar cakap je. Bila buat tak pernah nak terlibat.Betul tak?

Kita pun mula-mula tak apalah.. okey sahaja, ikut je..lama-lama pun kita jadi geram kan. Inilah dugaan dalam kita menuju kejayaan.

Geram macam mana pun kita jangan terasa dengan dia. Jangan ambil hati malah jadikan dia pembakar semangat untuk kita berjaya. Kita pun tak tahu masalah dia yang sebenar.. Mungkin dia ada masalah yang rumit sedan menimpa dirinya.. Fikir positif sahaja!

3. Orang yang burukkan kita dekat orang lain

Ahaa, ni menarik. Dia ingat bila dia cerita macam-macam yang buruk pasal kita dekat orang lain kita tak tahu.

Mesti akan ada yang sampaikan dekat kita punyalah. Tak cukup dengan cerita, siap screen shot lagi gambar mesej yang dia burukkan kita tu. Sekarang ni bukan susah. Semua orang yang sayangkan kita mesti akan bagi bukti sama ada bentuk tulisan atau dalam bentuk rakaman.

Biasanya orang macam ni jenis yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Kita tak buat apa pun dengan dia tapi dia pulak rasa terancam dengan impian kita. Mereka tak hirau dah mana dosa mana pahala. Kat depan kita bukan main manis bicaranya.. Tapi dibelakang kita kata macam-macam.

Orang jenis macam ni kita biarkan jugak sebab dia boleh jadi sumber pahala sambil kita dok kejar impian.

4. Orang yang support kita bila dah nampak kita dah berjaya

Yang ni pun “famous” tau. Awal-awal dia play safe saja. Tapi yang pasti dia tidak akan mudah sokong kita. Dia main kot tepi je. Ye tidak, tak pun tidak.

Bila kita dah sampai ke puncak kejayaan, mula lah dia munculkan diri. Mungkin dia akan jadi yang lebih ramah dan rapat dengan kita.

Orang macam ni penting untuk kelangsungan bisnes yang kita buat. Kita terima shaja seadanya dia. Mungkin sebelum ini bukan masanya. Mungkin sekarang dan masa depan dia jadi orang yang sangat penting untuk menjadikan kita lebih berjaya.

5. Orang yang support kita sebelum kita ada apa-apa

Orang jenis macam inilah kita kena jaga dia sampai akhir hayat kita sebab dia percaya kat kita sebelum kita berjaya.

Dia sentiasa support kita dan dia beri peluang dekat kita untuk buktikan bahawa kita boleh berjaya.

Dia ada waktu kita susah dan senang,orang jenis macam ni yang satu dalam seribu.Jadi jagalah dia sebaik mungkin.

Orang macam ini memang manusia mulia. Dia suka tengok kejayaan orang lain dan dia gembira bila tengok orang lain bahagia.

Orang jenis ini tidak ada kepentingan diri sendiri dan manusia seperti ini yang selalu kita kenang dalam setiap doa.

Sepanjang hidup saya ada juga yang saya jumpa orang seperti ini dan saya akan kenang dia sampai bila bila, sampai saya mati

Kesemua lima jenis orang ini sangat penting dalam kita hidup dalam menuju kejayaan kerana masing-masing memainkan peranan yang tersendiri. Semua ada sumbangan masing-masing. Yang paling penting adalah bagaimana kita nak respon dan hargai kehadiran mereka dalam hidup kita. Bagaimanapun kita perlulah doa kan mereka juga. Dalam keburukan seseorang mesti terselit juga kebaikannya. Kita kena ingat semuanya berlaku hanya dengan izin Allah.

Sumber: https://www.keluarga.my/sebelum-berjaya-dalam-hidup-ada-5-jenis-manusia-kita-akan-jumpa-ustaz-ni-share-sila-hadam/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *