5 cara panjangkan bulu mata


Beruntunglah mereka yang mempunyai bulu mata lentik dan panjang. Bagi mereka yang mempunyai bulu mata pendek dan mudah gugur mungkin dipengaruhi oleh beberapa sebab.

Antaranya penggunaan produk maskara yang tidak tepat juga ubat titisan mata yang mengeringkan bulu mata sehingga membuatkan bulu mata rapuh lalu gugur.

Selain itu, kekerapan menggosok mata juga antara sebab bulu mata cepat gugur. Bulu mata akan kembali tumbuh selama empat hingga lapan minggu.

Pastikan juga anda menggunakan maskara yang memiliki formula lembut dan mudah dibilas. Buat sementara waktu, elakkan dari menggunakan alat penyepit bulu mata dan bulu mata palsu untuk mencegah kerosakan bulu mata.

Cuba ikuti tips di bawah untuk mendapatkan bulu mata yang panjang dan lentik.

Minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi bahan pelembab dan pelembut bulu mata. Ia juga kaya dengan nutrisi yang boleh menguat dan menyihatkan bulu mata.

Caranya: Anda hanya perlu celupkan sikat bulu mata ke dalam minyak zaitun. Perlahan-lahan sapukan ke bulu mata anda. Kekerapan melakukannya akan memberikan hasil yang lebih baik.

Minyak kelapa

Minyak kelapa juga mempunyai bahan pelembab dan sesuai digunakan di sekitar mata. Hasil kajian mendapati, menyapu minyak kelapa ke bulu mata yang sudah dicuci boleh melindungi kehilangan protein yang menjaga kekuatan dan kelembutan bulu mata.

Caranya: Jika anda tidak mempunyai sikat bulu mata, boleh gunakan jari tangan yang bersih untuk mengusap minyak kelapa ke bulu mata perlahan-lahan.

Teh hijau

Teh hijau mengandung anti oksidan yang baik untuk proses pertumbuhan bulu mata.

Caranya: Sapukan air rendaman teh hijau di sepanjang garis bulu mata setiap malam sebelum tidur. Selain memanjangkan bulu mata, ia juga berupaya menyegarkan kawasan mata anda.

Biotin atau vitamin B7

Ianya penting untuk menjaga kesihatan rambut, termasuk bulu mata. Kekurangan biotin akan melambatkan pertumbuhan rambut dan bulu mata. Banyakkan mengambil kuning telur, keju, kekacang, kacang tanah dan sayuran berwarna hijau untuk mendapatkan khasiat biotin.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *