5 Cara nak glow up SAVE BAJET! Mesti nak tahu kan?


Mesti ramaikan nak glow up dan disamping itu nak save bajet jugak, Tak nak lah beli barang skincare mahal2, nak jimat dan sebagainya. Same with me here! Okay sebenarnya memang ada je glow up dengan bajet yang rendah. So kita tak payah susah2 nak cekau duit banyak2 untuk skincare or apa2.

1. Skincare

Okay untuk skincare. Korang sebenarnya kalau nak kulit cantik, tak payah nak beli skincare sampai 10 steps sangat, tiga steps pon dah okay tau awak. Sebab sebenarnya kulit kita just perlukan basic skincare je. Yang sampai 10 steps tu adalah tambahan/optional sahaja. Yang penting hanyalah cleanser + moisturizer + sunscreen (pagi), cleanser + moisturizer + ubat jerawat (optional) ni untuk malam. Pagi tu jangan sesekali skip sunscreen. Sebab kulit kita memerlukan protection from sunlight. Sekarang kan lapisan ozon penipis… yang penting skincare tu kene sesuai dengan kulit korang. Jangan pegi beli skincare yang mahal2 plak. murah2 sudah lah. Rilex2 luh try yang murah. Korang tahu tak, yang murah tu pon berkualiti tau, if korang pandai pilih lah. Try survey2 luh. Pape roger…

Suggestion brand: Simple (micellar & refreshing), Aiken hydra plus, Safi Dermasafe

2. Diet pemakanan yang seimbang

Diet pemakanan yang seimbang sememangnya penting. Tapi korang jangan lah terlalu strict dengan diri korang. Slow-slow lah mana yang tak mampu sangat nk buat tu. Tapi jangan sampai tak buat langsung or cheat day dia sampai berhari-hari cheat day nya. Tu bukan usaha tu, tu entah lah nak cakap macam mana lagi. Sebab semuanya keputusan korang lah kan. Nak glow up kene lah usaha. Kalau tak nak, teruskan lah seperti selalu ya. Semua kejayaan ada usahanya. Macam artis kpop tu pon, dorang berusaha tau nak dapatkan muka dan badan yang macam tu. Tapi dengan cara yang positif lah. Ambil yang jernih, buang yang keruh, ye dak?

3. Minum air masak/putih/mineral yang mencukupi mengikut berat badan anda.

Ni haa, iolls dah tolong bagi kan berapa liter korang kene minum ikut berat badan korang tu. Jangan pegi minum melebih-lebih plak. Kang jadi sesuatu kang, susah plak. Air sangat penting untuk badan korang tau, untuk buang toksik dalam badan korang yang dah banyak tu, kurangkan lemak dalam badan, cuci usus dan sebagainya. Minum air manis tu boleh, tapi jangan lah banyak sangat, korang ni..Aish #tiberrr

4. Bersenam

Kalau makan benda sihat tapi tak bersenam pon tak boleh gak tau. Bersenam ni bagus untuk keluarkan peluh dan bagi tenaga kita lebih meningkat. Takde lah kita asyik lesu je, tak bermaya. Bersenam tau. Atleast 30 minit sehari pon takpe. Paling lama sejam sehari atau seminggu 30 minit 3 hari ke. Haa manage la yang mana korang senang nak buat. Asalkan buat.

5. Mindset

Haa yang ni pon penting jugak. Kalau mindset korang tu sentiasa positif, memang korang dapat buat lah semuanya even orang pandang remehkan korang pon korang tak kesah dah, sebab mindset korang tu dah sentiasa positif and yakin dengan diri korang sendiri yang korang boleh buat. Tapi kalau korang asyik pikir negatif je, semua benda tak kan jalan wey. Just think positive and follow the flow. Tak yah pikir apa orang akan cakap pasal korang. Fikir yang korang boleh je. Mesti semuanya dipermudahkan. And yang paling penting….yakin dengan Yang Maha Esa. Korang mesti akan dapat apa yang korang nak if korang sentiasa yakin dengan Dia. Chayokkk!

TUKAR MINDSET TAU~

Haa itu lah tips dari saya which is for glow up save bajet. Mudah bukan? kalau korang fikir susah, memang susah la korang dapat nanti. Fikir je semua benda mudah, in shaa Allah dipermudahkan semuanya. Semoga glow up semua!!

Semoga bermanfaat & selamat beramal!!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *