5 CARA BERBELANJA YANG BIJAK KETIKA PENDEMIK


Dengan situasi ekonomi yang semakin goyah sekarang ni, sangat perlu untuk kita bijak berbelanja kan? Beli apa yang perlu sahaja.. Jangan membazir ! 

Sebelum bertindak untuk menyalahkan sesiapa , apa kata kita muhasabah diri semula cara kita berbelanja ?

Adakah kita dah berbelanja dengan cara yang berjimat cermat ? 

Meh saya nak sharekan sikit tips yang boleh kita pakai untuk berjimat .. 

  1. Plan makanan harian anda

Pernah tak kita kira berapa jumlah perbelanja untuk makan sahaja dalam satu hari?

Tapi pernah tak korang catit semua tu ? Confirm banyak perbelanjaan kita. 

Salah satu cara untuk berjimat ialah dengan membawa bekal. Kita hanya perlu spend dalam RM 50 sahaja untuk membeli barang untuk dimasak tu. Kalau dibandingkan dengan makanan luar ? breakfast je dah dekat rm10 kan ? Fikir-fikir kan lah…

2. Rekod setiap perbelanjaan

Tips ni agak leceh sikit sebab tak semua orang suka simpan resit tau. 

Tapi kalau kita filter satu-2 perbelanjaan kita mesti kita jumpa satu benda yang kita selalu beli yang menyebabkan bajet kita lebur. 

Contohnya, kalau dalam satu hari tu kita mesti kena beli air mineral, padahal boleh je kalau kita nak bawa daripada rumah kan? 

Cuba korang senaraikan berapa perbelanjaan korang untuk sebulan untuk air mineral tu sahaja. 

Mesti banyak kan ?? 

Salah satu cara untuk mudah kita rekod semua perbelanjaan kita ini adalah melalui aplikasi smartphone yang sedia ada.

3. Jenama bukan keutamaan

Bukannya nak kata yang barangan berjenama ni tak bagus tau. Kita nak cakap tentang perkakas di rumah terutamanya dapur

Kalau nak ikutkan , barangan yang tak berjenama pun dah memadai utk kita lakukan kerja seharian kita di rumah. Cuba bayangkan berapa banyak kita boleh jimat dengan membeli barangan yang tak berjenama ni? 

Kebanyakkan pasaraya dah keluarkan barangan yang jenama sendiri (contohnya Tesco dan lain-2) untuk barangan keperluan isi rumah seperti , sabun basuh , sabun mandi dan sebagainya. 

Boleh je kalau kita nak buat kerja harian kita dengan barangan jenama tempatan ni kan ? lagi kita boleh berjimat , betul tak ?

4. Menahan nafsu untuk berbelanja

Mungkin ada yang berfikir , “baik beli jee kalau tak nanti terfikir-fikir, hm beli jelah takyah fikir” 

Sekarang ni bukan masa untuk berfikiran begitu ye, ekonomi tengah gawat, kita nak syok berbelanja ye.. Kita perlu ubah gaya hidup dan gaya pemikiran. Beli barang mengikut fungsi bukannya harga. 

Contohnya , beli jam tangan rm50 dengan jam tangan rm250. Fungi sama dan menunjukkan waktu yang sama , cuma jam RM 50 itu kita dapat berjimat dan jam berharga RM 250 itu mungkin kita perlu ikut perut selepas membeli jam itu 

FIkir-fikirkan lah yee

5. Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak perlu

Barangan yang tak perlu memang kita kena buang siap-2 dalam perbelanjaan kita supaya hujung bulan kita tak terdesak. 

Antara contoh yang kita boleh buat seperti :- 

  1. Kurangkan melepak di hujung minggu 
  2. Tak perlu untuk ke pawagam setiap kali ada movie baru 
  3. Kurangkan makan diluar sebaliknya membawa bekal 

Semoga bermanfaat !


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *