4 Resepi Pencuci Mulut Warna Warni Raya Aidilfitri Yang Sedap!


Harini akak gojes nak kongsikan 4 resepi pencuci mulut warna-warni yang UNIK dan anda boleh cuba untuk buat hari raya tahun ini berbeza dari tahun lepas:)

  1. Kek Gulung Bercorak
Kredit: Seismik makan

Bahan-Bahan:

  • 60ml planta- dicairkan
  • 70kg tepung serbaguna
  • 18g tepung susu
  • 60g gula kastor
  • 3 biji telur
  • 12g ovalet
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna gel
  • 200ml krim putar
  • 30g gula aising

Cara-Cara:

  1. Pukul krim putar serta gula aising dan pukul menggunakan mixer sehingga stiff peak.
  2. Masukkan tepung serbaguna, tepung susu, gula kastor, telur, ovalet dan ekstrak vanila dalam satu mangkuk. Pukul menggunakan mixer pada kelajuan tinggi selama 5 minit.
  3. Masukkan Planta yang telah dicairkan sikit demi sedikit sambil pukul pada kelajuan sederhana sehingga sebati.
  4. Asingkan adunan ke dalam 3 mangkuk yang berbeza dan warnakan 2 daripada adunan dengan warna yang dikehendaki
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  6. Mula lukis corak polka dot ke atas loyang yang telah dilapitkan baking paper menggunakan adunan yang telah diwarnakan tadi.
  7. Penuhkan loyang menggunakan adunan yang tidak diwarnakan.
  8. Ketuk loyang pada permukaan meja supaya gelembung udara dapat dikeluarkan.
  9. Bakar selama 15 minit pada suhu 180ºC sehingga permukaan kek menjadi perang.
  10. Keluarkan kek daripada ketuhar dan lapikkan permukaan kek dengan baking paper.
  11. Terbalikkan kek ke atas permukaan leper.
  12. Sapukan krim putar secara sekata. Masukkan strawberi dan lapiskan dengan krim putar.
  13. Gulung kek dengan cepat menggunakan baking paper.
  14. Rehatkan kek dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum hidang.

2. Semperit Rainbow

Kredit: Seismik makan

Bahan-Bahan:

  • 250g planta
  • 170g susu pekat
  • 30g tepung kastard
  • 400g tepung jagung
  • Pewarna gel
  • Esen vanilla

Cara-Cara:

1. Masukkan Planta dan susu pekat ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung kastard dan esen vanilla dan gaul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung jagung yang sudah diayak sikit demi sedikit dan gaulkan sehingga doh lembut terbentuk.
4. Asingkan doh ke dalam 4 mangkuk berbeza. Warnakan doh dengan warna yang dikehendaki.
5. Masukkan doh ke dalam acuan dan picit ke atas loyang non-stick.
6. Bakar biskut semperit selama 15-20 minit pada suhu 160ºC. Sejukkan biskut sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

3. Kek Marble Jelita

Kredit: Seismik makan

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan planta
  • 1 cawan gula kastor
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/4 cawan susu cair
  • 2 cawan tepung berserbuk penaik

Cara-Cara:

1. Pukul planta dan gula kastor menggunakan mixer pada kelajuan tinggi selama 5-6 minit sehingga sebati dan kembang.
2. Masukkan telur satu per satu dan pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan susu cair. Pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan sebati.
4. Masukkan tepung berserbuk penaik sikit demi sedikit dan gaul menggunakan spatula sehingga sebati.
5. Asingkan adunan ke dalam 4 mangkuk berbeza. Warnakan adunan dengan warna yang dikehendaki.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
7. Pipekan adunan secara bergilir-gilir ke dalam loyang 8X8 yang telah dilapitkan baking paper. 
8. Lorekkan corak pada permukaan adunan menggunakan chopstick.
9. Bakar selama 50 minit – 1 jam pada suhu 150ºC-160ºC, ataupun sehingga kek telahpun masak.

Nota: Tutup permukaan kek dengan aluminium foil pada minit ke 25 untuk mengelakkan permukaan kek dari menjadi warna perang.

4. Biskut German Warna-Warni

Kredit: Seismik makan

Bahan-Bahan:

  • 130g planta
  • 60g gula aising
  • 100g tepung serbaguna
  • 100g kanji kentang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna gel

Cara-Cara:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 160ºC.
2. Dalam satu mangkuk, masukkan Planta, gula aising dan ekstrak vanila. Pukul menggunakan mixer sehingga sebati.
3. Masukkan tepung serbaguna dan kanji kentang, dan gaul menggunakan spatula sehingga doh lembut terbentuk.
4. Asingkan doh kepada 4 mangkuk yang berbeza dan warnakan dengan warna yang dikehendaki. Sejukkan doh di dalam peti sejuk selama 10 minit.
5. Bulatkan doh menjadi bentuk bebola seberat 8 gram dan aturkan ke atas loyang non-stick.
6. Leperkan menggunakan garfu.
7. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160ºC. Sejukkan sepenuhnya sebelum simpan dalam balang.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *