4 JENIS INTROVERT


Banyak kita biasa dengar mengenai Introvert kan? 

Tahu tak, sebenarnya ada 4 jenis Introvert, dan semuanya mempunyai karakteristik yang unik dan tersendiri. Sebenarnya, seseorang Introvert boleh mempunyai keempat-empat ciri tersebut (kerana memang ini semua ialah ciri-ciri Introvert), tetapi pasti akan ada satu yang dominan/utama berbanding tiga yang lain. Dan itu lah yang akan menentukan anda Introvert yang mana satu lebih spesifik.

Pertama: The Anxious Introvert.- Jenis yang tidak boleh bersosial, cepat gemuruh dan takut bercakap di depan orang ramai. Tapi orang seperti ini biasanya dia mempunyai kawan yang sangat rapat. Tempat dia meluah, bersembang dan terlalu menghargai kawannya itu.

Kedua: The Social Introvert.- Hampir sama seperti Anxious, tapi dia tidak suka bersosial (bukan tidak boleh bersosial seperti Anxious). Dia lebih gemar berseorangan, pergi ke mall sendiri, atau makan tanpa ada seorang teman. Dia suka berseorangan, tapi bukan kesepian.

Ketiga: The Thinking Introvert.- Golongan pemikir. Ini yang kita katakan, “mulut diam tapi kepala bising”. Dia suka membaca, menganalisis, review filem dan yang berkaitan dengan proses otak. Walaupun tidak bersosial, orang seperti ini sangat hebat untuk lihat perkara yang orang lain tak nampak (bukan hantu).

Keempat: The Restrained Introvert.- Jenis tenang, rasional dan ada ciri-ciri seorang pemimpin. Dia sangat menjaga kata-kata, tingkah laku dan boleh bersosial (dalam kadar minimum). Orang seperti ini nampak senyap, tetapi apabila sudah bercakap, semua orang akan terdiam.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *