3 Tips Cara Beli Emas Harga Diskaun


Filza nak kongsikan 3 cara bagaimana kita boleh dapat jimat duit untuk beli emas. Baca sampai akhir ya.

Tips Pertama : Cari Kos Upah Yang Terendah.

Anda perlu tahu setiap emas fizikal kategori barang kemas, pasti ada kos upah. Jadi kita bayar untuk harga emas dan juga harga upah emas tersebut.

Apakah itu kos upah emas? Kenapa perlu kos upah emas? Tak ada kos upah tak boleh ker?

Persoalan ini sering kali ditanya oleh pelanggan. Maka, bagi menjawab soalan-soalan tersebut, filza akan kongsikan seringkas mungkin supaya anda faham konsep kos upah.

Bagi setiap urusniaga pembelian produk emas, jumlah yang perlu dibayar pelanggan adalah harga emas ditambah dengan kos upah. Tapi apakah itu KOS UPAH? Kenapa perlu ada KOS UPAH? Jawapannya Filza akan kongsikan di bawah.

KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG

Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli. Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit rekabentuknya, semakin tinggi kos upah. Biasanya dalam kadar RM70 – RM700 atau lebih( semakin latest design makin mahal upahnya).

Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah yang lebih itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik.

Mari kita buat sedikit kiraan:

Katakan anda membeli seutas rantai tangan fesyen berat 20.51gm dengan
A) harga RM159 + Upah
20.51 X 159 = 3261 ( Harga Emas ) .
Upah RM 150. Total = RM3411.

B ) HARGA EMAS RM 173 FREE UPAH
20.51 X 173 = RM3548

BEZA HARGA DENGAN UPAH DAN FREE UPAH

RM137.. Wahh banyak kan beza…

Harga Emas + Upah?
RM3411 ÷ 20.51 = RM166.31/gm?

Harga Emas + Free Upah?
RM3548 ÷ 20.51 = RM173/gm?

Jadi.. Nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram.
JANGAN TERPEDAYA..

Ambil tahu pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas ye)

Tak semestinya kedai A harga gram lagi murah dari kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.
Dapat ke dapat??

Ikutkan harga diatas boleh dikurangkan lagi serendah-rendahnya mengikut kepandaian anda menego(tawar-menawar).

Rumusan ringkas untuk beli emas fizikal, anda boleh cek dan kira-kira dahulu harga emas di satu-satu kedai emas dan harga upah yang ditawarkan. Dan Jangan terus tawar menawar harga upah, tapi pilih(decide) dulu design barang kemas yang anda mahukan, dah minat betul-betul yang tu, baru tawar menawar harga upah (sampai berpuas hati).

Tips kedua : Bandingkan harga antara satu kedai dengan kedai lain.

Majoriti kedai emas sekarang ini, pasti ada menjual emas mereka di media sosial. Jadi, anda boleh follow mereka, dan survey harga + harga upah sesuatu emas tu antara kedai dengan kedai secara online sahaja.

Cara ini, mungkin mengambil masa sedikit, tetapi berbaloi dengan harga yang kita akan perolehi.

Ini langkah yang boleh anda buat untuk cari media sosial kedai emas di berhampiran kawasan anda tinggal.

  1. Buka Facebook/Instagram/Tiktok
  2. Cari Butang Search.
  3. Taip Kedai Emas di search tersebut
  4. Follow kedai mereka, join LIVE mereka.

Anda boleh direct tanya mereka jika mereka sedang live. Ini cara cepat untuk anda survey harga emas + kos upah di kedai tersebut.

Dengan cara ini, anda jimat masa, tak perlu drive ke kedai tersebut, jimat minyak juga. Tapi, JANGAN sesekali beli emas akad secara online. Nak beli emas, datang ke kedai mereka dan buat bayaran secara berdepan. Untuk elak terkena SCAM emas.

Tips Ketiga : Beli Emas Pada Harga Emas Terendah

Ini tips termahal yang Filza nak share dengan anda semua. Jom kita belajar rahsianya.

Begini, Harga jual beli emas di tentukan oleh pergerakan harga emas semasa dunia. Setiap masa, anda boleh terus semak harga emas dunia per OZ melalui platform-platform harga emas semasa. (ada banyak sangat. Boleh google je)

Antaranya platform yang paparkan harga emas semasa yang filza rekemen :

  1. Goldprice.org harga emas per OZ dalam USD –> https://goldprice.org/live-gold-price.html
  2. Goldprice.org harga emas per OZ dalam Ringgit Malaysia –> https://goldprice.org/gold-price-malaysia.html
  3. Kitco.com harga emas semasa dunia dalam USD –> https://www.kitco.com/charts/livegold.html

Baik, setelah tahu dimana nak lihat harga emas semasa, anda perlu tahu bagaimana nak baca harga emas semasa, dan adakah harga emas semasa itu sedang paras terendah?

Bagaimana nak tahu? Baik, Filza kongsikan tips ringkas cara baca carta :

  1. Harga semasa dipaparkan pada garisan halus semasa ( biasanya dia ada tulis di bahagian tepi carta )
  2. Kitaran harga emas naik dan turun. ( lihat carta Hourly, Daily, Weekly, atau Monthly untuk lihat trend harga emas terkini )
  3. Warna merah tanda harga menurun.
  4. Warna biru tanda harga sedang menaik.
  5. Harga ini akan menaik atau menurun membentuk seperti tangga. Beli emas pada tangga yang paling bawah.

Perubahan harga ini sangat simple untuk dibaca, mula-mula dulu filza pun tak tahu dan pening tengok carta harga ni. Tapi lepas tahu ilmu ni, peluang beli emas harga diskaun banyak sangat.

Jom follow FB Page Filza untuk perkongsian ilmu lain yang lebih mahal –> https://www.facebook.com/filzadresellajus/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Filza

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *