14 Tips Menjadi Ibu Bapa HEBAT dari Dr. Muszaphar


Untuk menjadi ibu bapa yang hebat tidaklah semudah yang disangka tapi iya memerlukan effort sesama pasangan dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar teladan yang baik kepada anak-anak.

Sini saya ada share beberapa tips yang anda boleh cuba amalkan kepada anak-anak anda nanti

1. Ucapkan ‘I Love You’ Kepada Anak Setiap Hari!

Ini adalah kata-kata keramat kunci dalam membina hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak. Jangan malu untuk lakukan kepada anak-anak

Puji..Cium..Peluk..

Apabila kita penuhi tangki emosi anak dengan kata-kata yang positif, pasti mereka akan membesar dengan baik juga.

2. Isi Masa Anak Dengan Aktiviti Bermanfaat

Pastikan setiap minit anak-anak itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kerana setiap minit itu mereka belajar!.

Anak-anak kecil belajar daripada persekitarannya. Banyakkan aktiviti yang merangsang perkembangan mereka seperti educational toys dan bermain muzik.

3. Pentingnya Fasa 6 Tahun Pertama (Golden Age)

Tidak perlu dinafikan lagi, kajian memang telah membuktikan akan kepentingan fasa 6 tahun pertama anak-anak.

Isi dan penuhi tahun-tahun pertama anak dengan pelbagai ilmu memandangkan fasa ini otak mereka berkembang dengan pesat dan pantas.

Setiap ilmu dan rangsangan yang diberikan akan mempunyai potensi yang tinggi untuk tersimpan dalam memori jangka panjang ( long term memory) otak anak-anak.

4. Beri Galakan Kepada Anak Untuk Capai Tahap Tertinggi

Push to the limit!

Inilah yang sering Dr. Muszaphar kongsikan di dalam media sosial terutamanya kepada anak sulungnya Bella. Beliau menggilap potensi anaknya hingga ke tahap tertinggi dan terbukti Bella sangat cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.

Beri galakan kepada anak-anak untuk mencapai ke tahap yang tertinggi dalam hidup mereka supaya mereka kental, tidak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

5. Tegas Dengan Setiap Peraturan

Tegas dengan peraturan yang dibuat dan dalam masa yang sama penuhi dengan kasih sayang.

Displin itu kunci bagi setiap orang yang berjaya. Tegas juga perlu bertempat bukan sehingga ‘mencederakan emosi’ anak-anak. Mendidik dengan kasih sayang itu adalah TERBAIK!

6. Dedahkan Anak Dengan Pelbagai Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dilakukan Dr. Muszaphar dengan anak-anaknya seperti mendedahkan mereka kepada  sukan renang, berkuda dan seni pertahankan diri.

Pengalaman baru yang dirasai anak-anak akan membina ‘neuron pathways‘ yang baru ibarat highway dalam otak mereka. Semakin banyak ‘neuron pathways’ ini terbina, makin berkembanglah otak mereka.

7. Rancang Rutin Anak

Menurut Dr. Muszaphar, kanak-kanak sukakan rutin. Rancang rutin dalam kehidupan mereka seperti kelas mengaji, kelas berenang, kelas musik dan sebagainya.

Jadikan aktiviti ini sebagai rutin seharian mereka dan jadual yang perlu diikuti. Rancang dengan baik dan mengikut tahap dan kemampuan anak-anak.

8. Amalkan Komunikasi Yang Berkesan

Pastikan mata kita sama aras dengan anak semasa berkomunikasi dengan mereka terutamanya apabila ingin menegur dan memberi nasihat. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka dihargai dan penting.

9. Berhenti Berkata ‘TIDAK’ Sebaliknya Gunakan ‘KENAPA’

JANGAN lari..

JANGAN panjat..

JANGAN conteng..

Memang terlalu banyak perkataan JANGAN yang kita sering gunakan terhadap anak.

Jika kita sering mengikut kursus-kursus keibubapaan, sering speaker akan mengingatkan bahawa tukarkan ayat JANGAN itu kepada yang lebih positif

Lebih baik kita terangkan mengapa sesuatu perkara atau tingkahlaku itu tidak boleh dilakukan berbanding berkata JANGAN..JANGAN..JANGAN..

Hanya menegah tapi tidak memberikan penjelasan. Perkara inilah yang selalu kita terlepas pandang dalam mendidik anak-anak.

Marikan kita amalkan komunikasi berkesan dalam keluarga.

10. Mulakan Didikan Sejak Kecil

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini memang sinonim dengan tips yang diberikan oleh angkawasan negara kita.

Nak ajar anak berdisplin?

Nak ajar anak menepati masa?

Nak ajar anak berdikari?

Nak ajar anak kerja rumah?

Nak ajar anak beradab sopan?

Semuanya kena bermula sejak dari awal agar amalan, tingkahlaku dan adab sopan dapat disemai sejak dari kecil dan proses dalam membesarkan anak lebih mudah kelak.

11. Persekitaran Rumah Yang Kondusif

Ini adalah tips yang penting. Sediakan ruang untuk anak yang dapat membantu dalam proses tumbesaran mereka. Contohnya, ruang membaca, ruang bermain dan ruang berkreativiti.

Sediakan juga kemudahan dan peralatan yang membantu dalam pembelajaran anak seperti buku-buku ilmiah, educational toys dan peralatan sukan.

Anak-anak akan menjadikan ruang rumah sebagai suatu tempat yang membolehkan mereka mempelajari pelbagai ilmu, bukan hanya terhad di sekolah sahaja.

12. Pelajari Pelbagai Bahasa

Tahukah anda, anak kecil boleh belajar bahasa sehingga 5 jenis bahasa yang berbeza? Wow!hebatkan?

Ayuh!dedahkan anak dengan pelbagai bahasa kerana memiliki potensi yang tinggi di usia kanak-kanak ini.

13. Kenali Tanda Tekanan Pada Anak

Ye betul! Mungkin apa yang kita rancang untuk anak dimata kita adalah terbaik. Namun, perkara itu adalah di luar kemahuan mereka atau tiada minat ke arah itu.

Sentiasa peka dengan emosi anak. Pastikan kita luangkan masa untuk berbual dengan mereka supaya mereka dapat luahkan apa yang dirasai.

Tiada guna mengejar kejayaan di dalam pelbagai bidang andai emosi anak kita abaikan. Jadi ibu bapa yang peka dan prihatin akan perubahan anak.

Raikan minat mereka agar sesi pembelajaran dan pembesaran anak-anak adalah dalam keadaan yang positif dan penuh kasih sayang.

14. Pendidikan Formal Bermula Pada Usia 6 Tahun

Tepat! Pendidikan formal bermula ketika anak sudah menganjak ke usia 6 dan 7 tahun. Namun, pembelajaran tentang kehidupan itu bermula sejak bayi lagi!

Jangan sangka bayi hanya terlentang, pandang dinding sahaja. Pelbagai rangsangan boleh diberikan kepada mereka untuk mereka belajar. Otak manusia berkembang dengan pesat ketika usia bayi.

Sumber: Perkongsian Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar di laman facebook beliau.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *