10 Tempat menarik di KUALA LUMPUR


KUALA LUMPUR. Merupakan Ibu Negara untuk Negara kita iaitu Malaysia. Kuala Lumpur merupakan negeri yang paling sibuk dan menjadi tumpuan bagi pelancong dan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini. Mari kita lihat apakah tempat-tempat menarik yang boleh kita pergi nanti:

1. Masjid Wilayah

Masjid Wilayah

Reka bentuk masjid ini diinspirasikan daripada Masjid Biru yang terletak di Istanbul dengan gabungan seni bina Turki dan Melayu. Masjid ini memiliki ruang solat yang sangat besar sehingga mampu menampung dalam 15 000 jemaah pada satu-satu masa.

Di sekitar masjid ini terdapat air pancut dan juga tumbuhan-tumbuhan hijau yang terjaga dengan baik sekali. Kecantikan Masjid Wilayah ini tidak dapat diluahkan dengan kata-kata dan tidak cukup dengan hanya melihat pada gambar, anda perlu datang sendiri dan lihat dengan lebih dekat lagi sentuhan yang penuh perincian pada setiap sudut masjid ini yang kelihatan begitu tenang dan indah.

Alamat: Masjid Wilayah, 50480 Jalan Duta, Kuala Lumpur

2. Muzium Diraja Negara

Muzium Diraja Negara Kuala Lumpur

Muzium Diraja Negara adalah sebuah muzium yang terletak di dalam Istana Negara yang lama yang pernah digunakan dari tahun 1957 sehingga tahun 2011.

Ya, bukanlah muzium biasa kerana bangunan ini memiliki nilai sejarahnya yang tersendiri. Untuk pengetahuan anda, bangunan istana lama yang terletak di atas tanah berkeluasan 11 hektar ini telah dibina sejak sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1928 oleh seorang taikun Cina bernama Chan Wing yang mengumpulkan kekayaannya melalui perlombongan bijih timah di lokasi yang kini menjadi tapak bangunan The Mines.

Ketika perang dunia, bangunan istana ini pernah digunakan oleh penjajjah Jepun. Setelah itu, ianya menjadi milik British Royal Air Force dan kemudiannya sebagai istana Sultan Selangor. Pada tahun 1957 pula, bangunan ini telah diubaahsuai dan diperbaiki untuk dijadikan Istana Negara.

Alamat: Jalan Istana, Istana Negara, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3. Escape Room

Escape Room Kuala Lumpur

Escape Room adalah permainan escape yang terletak di Berjaya Times Square. Di sini, anda dapat menguji kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan puzzle dan kod-kod yang wujud bagi melepaskan diri dalam masa 45 minit.

Kalau anda rasa anda seorang yang tak pernah kalah dalam apa-apa permainan puzzle, jom betul-betul test skill anda di sini. Pengalaman yang sangat menguji minda namun cukup menyeronokkan. Bukan sekadar menyelesaikan masalah, anda juga perlu mengharungi cabaran ini dalam suasana yang menyeramkan.

Yang syoknya, ada 9 jenis bilik yang boleh dipilih dengan tahap kegentingan situasi dan cabaran yang berbeza. Cabaran-cabaran yang ditawarkan adalah situasi dan cabaran yang berbeza. Cabaran-cabaran yang ditawarkan adalah diadaptasikan daripada movie-movie terkenal Hollywood seperti Safari Jungle, The, The Haunted House dan Wonderland.

Alamat: Berjaya Times Square Shopping Mall, 07-96, 7th Floor, Entertainment Podium, No,1, Jalan Imbi, Kuala Lumpur 55100

4. Muzium Kesenian Islam Malaysia

Muzium Kesenian Islam Malaysia Kuala Lumpur

Muzium Kesenian Islam Malaysia yang terletak di Tasik Perdana ini menempatkan sekitar 7 ribu artifak di dalam 12 buah galerinya yang dibahagikan mengikut jenis bahan pameran.

Muzium ini menggunakan 2 tingkat untuk galeri tetap dan 2 bahagian galeri untuk pameran sementara. Untuk galeri yang tetap, di tingkat 1 terdapat galeri senibina, quran, dan manuskrip, India, China dan Melayu. Tingkat 2 pula menempatkan galeri tekstil, barang kemas, senjata, syiling, besi, kayu dan seramik.

Alamat: Perdana, Jalan Lembah, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur

5. Breakout

Breakout Malaysia Kuala Lumpur

Nak test tahap keberanian dan kecekapan anda? Jom pergi sini, Breakout! Di sini anda akan memasuki bilik yang menyeramkan tak ubah macam dalam novel seram Stephen King.

Kalau anda nak tahu, Breakout adalah satu-satunya escape game di dunia yang menggabungkan permainan berperanan (role-play). Karakter yang akan dimainkan oleg sesiapa yang terlibat dalam permainan ini adalah seseorang yang memiliki kuasa untuk mendapatkan masa tambahan (Time Bender), pembawa cahaya (Light Bringer) atau pembuka kunci (Lock Master). Lagi ramai geng anda, lagi banyak kelebihan yang dimiliki.

Alamat:

  • Cawangan NU Sentral: L4 – 09A , Level 4, Nu Sentral, 201, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur
  • Cawangan Avenue K: L2-16 (Level 2), AVENUE K Address: 156, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

6. Pustaka Peringatan P.Ramlee

Pustaka Peringatan P.Ramlee Kuala Lumpur

Pustaka Peringatan P. Ramlee atau turut dikenali sebagai Memorial p. Ramlee, adalah sebuah destinasi yang wajib dilawati oleh peminat seniman yang telah banyak menyumbang kepada industri hiburan negara pada suatu ketika dulu.

Bagi sesiapa yang menceburkan diri dalam industri perfileman atau sebarang bentuk kesenian, di sini, anda boleh mendapatkan pembakar semangat dan inspirasi.

Bukan sekadar sebuah memorial, banguna di mana pameran berkaitan P. Ramlee ini diadakan juga adalah sebenarnya banglo yang pernah menjadi kediaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sendiri sehinggalah pemergian beliau pada tahun 1973.

Berkeluasan 7 200 kaki persegi, rumah ini adalah tanda penghargaan kepada P. Ramlee yang diberikan oleh Shaw Brothers (Syarikat Penerbitan Filem).

Alamat: 22, Jalan Dedap, Taman P Ramlee, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

7. Muzium Negara

Muzium Negara Kuala Lumpur

Siapa yang tak tertarik dengan bangunan yang satu ini, terletak di tengah-tengah bandaraya moden KL adalah sebuah bangunan dengan seni bina istana Melayu klasik, Muzium Negara. Sesuailah dengan fungsinya yang mempamerkan koleksi peninggalan lama sejak sebelum wujudnya negara Malaysia sehinggalah masa kini.

Muzium ini terbahagi kepada beberapa buah galeri iaitu Galeri Pra-Sejarah/ Sejarah Awal yang terletak di tingkat satu di mata anda dapat melihat pameran tentang pembentukan kepulauan Melayu dan artifak yang ditemui di tapak-tapak arkeologi.

Seterusnya adalah galeri Kerajaan Melayu, galeri Era Kolonial dan terakhir sekali adalah galeri Malaysia Kini.

Alamat: Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50566 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

8. Blastacars Malaysia

Blastacars Malaysia Kuala Lumpur

Terletak di tingkat 5 Sungei Wang Plaza, Blastacars Malaysia adalah sebuah trek indoor yang berkepanjangan 200 meter di mana anda boleh berlumba sepuas hati menggunakan Drift Karts yang disediakan.

Tahap keselamatan? Jangan risau, kart yang dihasilkandari New Zealand ini telah direkabentuk dengan teliti utnuk memenuhi standard keselamatan ketat yang telah ditetapkan oleh negara tersebut. Di samping itu, sebelum bermulanya perlumbaan, anda akan diberikan briefing dalam bentuk video dan juga training daripada kakitangan mereka sendiri.

Terdapat 3 pilihan ‘speed setting’ yang ditawarkan iaitu Novice, Advance dan Pro. Untuk menaiki kart Pro yang memilik enjin berkuasa 390cc, anda perlu menunjukkan kemampuan mengawal kart Advance terlebih dahulu. Kalau staff di sini mendapati anda layak, anda akan menerima ‘Black Card License’ yang membolehkan anda membawa kart Pro.

Alamat: Sungei Wang Plaza (5th Floor), Kuala Lumpur

9. Taman Botani Kuala Lumpur

Taman Botani Kuala Lumpur

Taman rekreasi ini merupakan yang paling popular di Kuala Lumpur. Manakan tidak terkenal, destinasi-destinasi menarik banyak berada di sekitar taman ini juga seperti Tugu Negara, Taman Orkid, Taman Rama-Rama dan banyak lagi.

Bercakap tentang taman botani ini pula, ia sememangnya syurga bagi pencipta taman dan tumbuh-tumbuhan, kerana rekaan taman ini sangat menarik sekali dengan kepelbagaian tumbuhan dan bunga yang penuh dengan warna-warni., bagi anda yang suka berfotografi, jadikan ini lokasi lawatan anda yang seterusnya, mesti puas hati.

Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur

10. Pasar Seni

Pasar Seni

Untuk anda yang menyukai barangan hasil kraftangan, Pasar Seni ataupun Central Market adalah lokasi yang wajib dikunjungi.

Menawarkan banyak pilihan barangan tempatan, anda pasti rambang mata terutamanya apabila melihat harga yang ditawarkan masing-masing tak nak kalah untuk mendapatkan pelanggan. Sudahlah begitu, sejuk lagi tu dengan penyejuk udara di seluruh pasar ini, anda dapat membeli-belah dalam keadaan yang selesa sekali.

Kalau dah penat membeli-belah, anda boleh ke tingkat satu Pasar Seni ini untuk makan di gerai-gerai yang terdapat di sini. lepas makan, kalau anda nak cuba mencanting batik pun ada di sini.

Alamat: Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur 50050

Sumber: maisinggah.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *