10 TANDA ORANG YANG BETUL-BETUL SAYANGKAN ANDA


Bagaimana hemdak mengetahui tanda orang yang betul betul sayangkan kita? Apa tanda-tanda orang yang sayangkan kita yang boleh kita tahu walaupun dia tidak mengungkapkan nya?

Terutama bagi yang sudah mempunyai pasangan, mesti kita akan berasa was-was sama ada pasangan kita betul-betul sayangkan kita ataupun hanya sekadar main-main sahaja. Lebih teruk lagi kalau pasangan kita tu playboy atau playgirl.

Kadang-kadang, kita sendiri dapat melihat dan menilai sama ada pasangan btol ikhlas sayang kan kita dengan tingkahlaku dan gerak-gerinya terhadap kita.

10 Tanda orang yang betul betulsayangkan kita atau tidak:

  1. Selalu buat kita gembira

Jika seseorang itu betul-betul sayangkan kita, dia akan sentiasa ada modal untuk buat kita gembira. Apa yang dia mahu, dia inginkan kita selalu gembira agar dapat melupakan segala masalah yang dihadapi. Jika kita sedih, dia juga akan bersedih dan dia sentiasa membantu kita untuk mencari jalan melakukan sesuatu yang menggembirakan.

2. Terima kita seadanya

Percayalah, orang yang sayangkan kita akan terima kita seadanya tanpa mengira status, pekerjaan atau pangkat. Dia juga akan menerima segala kekurangan , jangan lepaskan dia sebab takut nanti ada yang menyesak kemudian hari.

3. Suka pandang kita

Orang yang sukakan kita juga akan memang suka pandang kita setiap masa atau setiap hari pun boleh. Jika kita pandang dia balik, biasanya dia akan senyum dengan kita. Dia juga suka pandang tepat kearah mata kita apabila bercakap dengan kita. Lainlah kalau dia bencikan kita,jangankan hendak berbual, nak pandang kita pun mesti tak mahu. Betul atau tidak ?

4. Ambil berat dan selalu bertanya pasal kita

Si dia akan selalu bertanya mengenai diri kita dengan kerap. Dia juga akan sering bertanya jika kita ada apa-apa masalah dan dia akan sudi untuk mendengar masalah kita serta berusaha untuk selesaikannya. Dia juga akan selalu bertanya benda-benda yang mungkin dia sudah tahu tapi sengaja tanya untuk berbual-bual dengan kita.

5. Marah bila kita buat salah

Dia akan marah bila kita buat salah, bukan marah yang buatkan kita takut, tapi marah dengan tegur kita dengan nada seperti marah. Kadang-kadang, dia marah sambil senyum pada kita.

6. Suka bermanja-manja

Orang yang sayangkan kita biasanya suka bermanja-manja dengan kita. Ini juga merupakan salah satu cara dia meluahkan rasa sayang pada kita dan menunjukkan dia selesa dengan kita.

7. Tidak curang dengan kita

Antara tanda lain yang menunjukkan si dia sayangkan kita dengan cara dia tidak akan pernah memasang niat untuk curang dengan kita. Bagi mereka andalah segala-galanya dan mereka tidak akan pernah terpikat dengan wanita lain selain daripada pasangan kekasihnya atau kata lain tidak mudah digoda.

8. Suka usik kita terutama bila kita tengah bosan

Apabila kita berasa bosan, si dia akan cuba banyak cara untuk hilangksan rasa bosan kita tu. Dia memang suka usik dan bergurau dengan kita dan kebosanan diri kita tu akan hilang dengan sendirinya.

9. Cemburu apabila kita dekat dengan orang lain

Anda mesti pernah dengar orang kata cemburu tandanya sayang. Betul tak? Kalau tidak cemburu maknanya tidak sayang. Orang yang sayangkan kita mudah berasa cemburu apabila melihat kita mesra dengan orang lain, lebih-lebih lagi orang yang tidak dikenalinya. Cemburu itu tidak salah asalkan tidak berlebihan sehingga kita sendiri rasa rimas.

10. Meminta maaf dan memujuk apabila kita ada buat salah

Dia akan meminta maaf kepada kita sekiranya dia betul betul sayangkan kita dan dia juga akan cuba sedaya upaya untuk memujuk kita jika dia melakukan kesilapan. Dia juga akan menyesal atas perbuatan atau kesalahan yang dia lakukan.

Sumber: https://daku-amat.blogspot.com/2016/06/10-tanda-orang-yang-betul-betul.html


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *