6 RESEPI juadah HARI RAYA


Assalamualaikum, sekarang kan kita di bulan Ramadhan, nanti bulan Syawal pula akan tiba. Juadah apa ya boleh disediakan semasa di Hari Raya nanti? Banyak tau hidangan yang menarik yang boleh disediakan nanti di Hari Raya. Jom kita tengok apa ya yang menarik tu.

1. Resepi Sambal Daging Kicap

Resipi DAGING KICAP PEDAS 🔥🔥 oleh Farhana Anuar - Cookpad

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar cili boh (kalau nak guna cili kering boleh guna dalam 30 biji)
  • 5-6 sudu besar Cuka
  • 7-8 sudu besar Kicap manis
  • 5-6 biji bawang merah besar
  • garam dan gula
  • 1 kg daging

Cara penyediaannya:

  1. Perap daging dengan cuka, kicap manis dan gula. Kalau rasa macam tak cukup, boleh tambah lagi. Perap dalam sejam dan boleh lebih, jika mahu dia serap lebih lagi ke dalam daging.
  2. Blend dan tumiskan bawang merah sampai naik bau.
  3. Kacau sehingga air tumisan bawang tersebut kering sedikit. Masukkan cili boh.
  4. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan daging yang sudah diperap tadi. Note: tak perlu tambah air ke dalam masakan.
  5. Kacau sehingga sebati. Masukkan garam secukup rasa atau pun tambah kicap sehingga cukup rasa.
  6. Masak sehingga kering sedikit.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

2. Sambal kacang untuk nasi impit

Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan:

  • 1 kg kacang tanah
  • 15 biji cili kering, buang biji, rendam air panas dan kisar halus
  • 2 keping gula melaka
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • garam secukup rasa

Bahan untuk dihiris:

  • 14 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai

Cara penyediaannya:

  1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
  2. Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
  3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
  4. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

Note: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang tidak terlebih goreng. Ia akan berasa pahit jika terlebih goreng dan mempengaruh rasa kuah tersebut nanti.

3. Rendang ayam

Resepi Rendang Ayam Hari Raya Special Sedap & Simple | Daily Makan

Bahan-bahan dikisar halus:

  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 3 ketul kunyit hidup
  • Cili merah
  • Cili padi
  • 4 biji buah keras
  • 1 biji bawang merah

Bahan-bahan lain:

  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 1/2 biji perahan pati santan
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2-3 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan halus daun kunyit

Cara penyediaannya:

  1. Kisar bahan-bahan secara halus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi sehingga ppecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan daun limau purut yang dicarikkan.
  4. Masak lagi sehingga warna berubah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
  5. Masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut.
  6. Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisik. Masak sehingga kuah pekat.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Taburkan dengan hrisan daun kunyit.
  9. Masak sedia untuk dihidang.

4. Daging masak kerutuk

AMIE'S LITTLE KITCHEN: Kerutuk Daging Rusa

Bahan-bahan:

  • 800 g daging (dipotong secara lebar dan nipis)
  • 1 paket (24 g) serbuk kerutuk ayam dan daging ADABI
  • 3/4 cawan minyak
  • 3 sudu besar kerisik
  • 3 cawan santan (dari sebiji kelapa)
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • gula melaka/garam/perasa pilihan secukupnya

Untuk dikisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 8 biji bawnag merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 batang serai
  • 3 hiris nipis lengkuas
  • 3 hiris nipis halia

Cara penyediaannya:

  1. Gaul serbuk rempah kerutuk besarsama daging hingga sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis serta bunga lawang.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan daging dan gula melaka serta garam secukup rasa.
  5. Masukkan juga pati asam jawa serta santan.
  6. Jangan lupa masukkan juga kerisik.
  7. Gaul rata dan tutup kuali serta perlahankan api dapur.
  8. Masak sehingga daging empuk, kuah pekat dan pecah minyak.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

5. Nasi Arab Mandy (Guna periuk NOXXA)

Resepi Nasi Ayam Mandy Paling Simple Wangi Semerbak, Sambal Pun Sedap!

Bahan-bahan ayam:

  • 1 ekor ayam dicuci bersih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • garam
  • pewarna kuning

Cara penyediannya:

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas.
  2. Perapkan selama 2-4 jam.

Bahan-bahan untuk nasi arab mandy:

  • 5 cawan beras Basmathi yang dibersihkan dan ditos (jenama apa-apa pon)
  • 5 cawan air
  • 1/3 cawan kismis
  • garam secukupnya
  • 3 sudu besar minyak

Bahan dikisar:

  • 1/2 biji bawang besar Holland*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*

Bahan ditumis:

  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 batang kayu manis
  • 2 bunga lawing
  • bunga cengkih
  • buah pelaga

Cara penyediaannya:

  1. Setkan periuk NOXXA kepada Stir Fry (SF), jangan lupa tekan ON. Masukkan minyak masak secukupnya untuk goreng ayam yang telah diperap petang tadi. Goreng sehingga sedikit kering dan keluarkan. Jika minyak banyak keluarkan lebihan minyak.
  2. Masukkan minyak sapi dan tumis bahan yang telah dikisar tadi diikuti bahan tumis yang lain. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras yang telah ditos tadi dan kacau sedikit.
  4. Masukkan air diikuti dengan garam, serbuk kunyit dan kismis. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Ambil ayam yang telah digoreng tadi dan susun diatas beras, letakkan daun bawang dan daun sup diatas ayam.
  6. Tutup periuk, pastikan tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PRESSURE untuk 8 minit dan tekan ON.
  7. Selepas selesai 8 minit tunggu lebih kurang 3 minit sebelum tukar tombol kepada STEAM dan tekan OFF.
  8. Buka penutup dan keluarkan ayam perlahan-lahan.
  9. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh keluarkan nasi untuk dihidangkan. Boleh susun ayam diatas nasi kembali.

Bahan-bahan sos nasi arab:

Bahan untuk dikisar

  • 1 biji tomato
  • 5 biji cili padi merah dan hijau
  • garam
  • gula
  • 1/2 biji lemon diperah

Bahan-bahan untuk Acar/Jelatah Nasi Arab:

  • Timun batang (potong dadu)
  • Buah tomato (potong dadu)
  • garam
  • gula
  • cuka

Gaul semua bahan diatas.

6. Resepi Lontong Kuah Lodeh Mudah

Resepi Lontong dan Kuah Lodeh | Iluminasi

Bahan-bahan:

  • Segenggam udang kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci lengkuas

Bahan kuah:

  • 1 paket santan
  • 5 cawan air
  • gula/garam secukupnya
  • sayuran: fucuk, kubis, terung, kacang panjang, lobak merah, suhun,
  • tempe dan tauhu (dipotong kecil dan digoreng dahulu)
  • 2 batang serai (diketuk)

Cara penyediaanya:

  1. Panaskan air, masukkan semua bahan kisar dan 2 batang serai.
  2. Biarkan sehingga mendidih dan sebati.
  3. Masukkan santan, kacau dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat.
  4. Masukkan semua sayuran dan suhun dan udang (optional).
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  6. Sedia dihidang bersama nasi impit.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *