10 Fakta Menarik Mengenai BAYI!


Boleh dikatakan semua orang suka bermain dengan bayi sebab mereka comel kan? Siapa yang tak suka bermain dengan bayi ni memang rugi tau..Lagi-lagi bau bayi sangat best dan wangi je!

Tetapi tahukah anda apa fakta menarik mengenai bayi? Jom baca 10 fakta menarik dibawah..

Fakta 1

Bayi tiada kepala lutut. Tunggu dulu, sebenarnya bayi bukan tiada kepala lutut, cuma tulang bayi ni masih lembut dan lutut masih belum berkembang. Tulang lembut tersebut dipanggil sebagai tulang rawan.

Fakta 2

25% daripada berat keseluruhan bayi datang daripada kepala bayi sendiri. Oleh sebab itu, ianya adalah disarankan untuk menampung kepala bayi berkenaan sewaktu mendukungnya.

Fakta 3

Bayi mempunyai jumlah tulang lebih banyak berbanding orang dewasa. Bayi mempunyai 300 tulang manakala orang dewasa mempunyai 206 tulang. Anda mesti tertanya-tanya mengapa tulang bayi lebih banyak berbanding orang dewasa? Apabila bayi membesar, tulang tulang akan bercantum sehinggalah hanya tinggal 206 tulang sahaja.

Fakta 4

Bayi juga mempunyai keupayaan untuk menelan dan bernafas pada waktu yang sama. Selain itu, orang dewasa juga mempunyai satu lapisan yang dipanggil epigglotis yang akan menutup lubang angin apabila menelan.

Fakta 5

Lebih menarik, bayi yang abru lahir tiada air mata kerana kalenjar air mata masih belum terbentuk dan cecair yang ada di mata cukup untuk melembapkan mata sahaja.

Fakta 6

Penglihatan bayi pula sebenarnya adalah lebih baik daripada orang dewasa. Namun, otak mereka masih belum dapat diproses dengan baik. Pandangan bayi juga sering lari kerana mata bayi masih belum dapat fokus akan sesuatu objek.

Fakta 7

Ini kelebihan menjadi seorang ibu. MasyaAllah.. Bayi yang baru lahir akan mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Sejak lahir lagi, bayi sudah mula mendengar suara dan bau ibu malah boleh mengetahui dimana ibu mereka berada.

Fakta 8

Untuk pengetahuan anda, bayi bernafas dua kali lebih laju berbanding orang dewasa iaitu sekitar 130-160 kali seminit.

Fakta 9

Ubun-ubun bayi yang baru lahir juga berdenyut kerana belahan tulang tengkoraknya masih belum bersambung dan keras dengan sempurna. Apabila mencecah 2 tahun, denyutan tersebut akan hilang.

Fakta 10

Bayi yang baru lahir dapat mengecap rasa manis, pahit dan juga pedas, tetapi tidak untuk rasa masin

Sampai disini sahaja cerita mengenai fakta menarik tentang bayi.

Selamat membaca!

Sumber: https://www.ceriasihat.com/10-fakta-fakta-menarik-tentang-bayi/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *