10 FAKTA menarik ‘kali pertama’ dalam SEJARAH


Dalam sejarah dunia, semuanya pernah terjadi buat kali pertama. Swafoto yang pertama, lesen menunggang motosikal kali pertama bagi wanita dan beberapa lagi ‘kali pertama’ yang terkenal. Satu hari nanti generasi kita akan melihat gambar dalam resolusi yang tertinggi atau pencetak 3D yang pertama dan tertanya-tanya bagaiman ianya dicipta satu ketika dahulu!

Berikut adalah senarai 9 ‘kali pertama’ yang terkenal dalam sejarah.

TESLA PERTAMA, 2008

kereta bateri elektrik tesla

The Tesla Roadster, juga dinamakan sebagai The Dark Star, adalah kenderaan bateri elektrrik yang pertaman yang dihasilkan oleh syarikat Tesla Motor. Pembuatannya dihentikan pada 2012, tetapi mereka berjanji untuk mengeluarkan semula model ini pada 2020.

LUKISAN MINYAK PERTAMA, 1888

lukisan kafe place du forum perancis 296
kafe di place du forum perancis 179

Ini adalah lukisan pertama menggunakan minyak yang dihasilkan oleh Vincent van Gogh. Cafe Terrace at Night, juga dikenali sebagai The Cafe Terrace on the Place du Forum memang wujud dan lokasinya adalah di Arles, Perancis.

JANTUNG BUATAN PERTAMA, 2015

jantung buatan

AbioCor adalah jantung buatan pertama yang lengkap dihasilkan oleh syarikat AbioMed. Ia berfungsi dengan tenaga yang boleh di caj semula, dan telah di cuba ke atas 15 orang pesakit, tetapi syarikat tersebut telah menghentikan pengeluarannya.

TELEFON BIMBIT PERTAMA, 1973

telefon bimbit pertama ciptaan martin cooper

Berat peranti ini adalah lebih dari 1 kg, boleh digunakan hanya untuk setengah jam, dan memerlukan masa 10 jam untuk caj semula. Pada hari Martin Cooper menciptanya, beliau menghubungi pesaingnya dan memberitahu mereka beliau sedang bercakap menggunakan telefon bimbitnya.

SWAFOTO PERTAMA, 1839

swafoto pertama

Robert Cornelius menambah baik teknologi ciptaan Louis Daguerre dan hasilnya adlaah gambar di atas. Ia bukan sahaja swafoto yang pertama tetapi juga potret manusia yang pertama dalam sejarah.

GAMBAR BERWARNA PERTAMA, 1861

gambar berwarna pertama oleh james maxwell

Gambar berwarna pertama dihasilkan oleh James Clerk Maxwell ketika eksperimennya tentang teknologi tri-color. Gambar di atas adalah gambar sehelai riben.

FOTOGRAFI KILAT/PETIR YANG PERTAMA

gambar kilat pertama direkodkan

Fenomena semulajadi ini telah direkodkan buat kali pertama oleh William Nicholson Jennings. Tujuannya adalah untuk mengetahui adakah kilat benar-benar menghasilkan bentuk zig-zag.

KERETA PERTAMA BUATAN FORD, 1896

kereta pertama henry ford

Kereta pertama yang direka oleh Henry Ford di dalam garajnya dipanggil Ford Quadricycle. Ia digerakkan dengan penggunaan petrol dan juga 4 biji tayar basikal . Selepas kejayaan ini, Henry Ford memutuskan untuk membuka syarikat Ford Motor pada 1903.

RESTORAN McDONALD YANG PERTAMA, 1948

restoran mcdonald pertama

Lokasinya adalah di San Bernardino, California. Pada asalnya, Richard dan Maurice McDonald menjual makanan barbeku, tetapi kemudiaannya mereka membuka semula restoran dengan menjual kerepek kentang, kentang goreng, jus oren, hamburger dan Coca-Cola. Pada hari ini ia buka sahaja sebuah restoran, tetapi terdapat juga musium dan kedai cenderamata di lokasi ini.

KOMPUTER APPLE YANG PERTAMA, 1976

komputer apple pertama 1976 453

Ini adalah komputer pertama yang dibangunkan oleh Steve Wozniak dan diperkenalkan kepada umum oleh Steve Jobs. Ia telah dibeli oleh Paul Terrell. Keesokan harimya, Steve Jobs muncul dengan berkaki ayam di kedai komputer milik Terrel – The Byte Shop – dan membuat perjanjian pertama dalam sejarah Apple.

Sumber: iluminasi.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *