10 Cadangan Juadah Yang Wajib Ada Menjelang Hari Raya


Bila masuk bulan Ramadhan, In shaa Allah kita akan berjumpa pula Hari Raya. Sebelum tibanya Hari Raya, sudah pasti semua orang akan sibuk dengan persiapan raya seperti mengemas rumah, membeli belah baju raya, menyediakan juadah hari raya, pulang ke kampung dan sebagainya.

Tetapi, tentu ada suka dan duka dikala menjelang hari raya kerana norma baharu dan negara kita masih lagi sedang berlawan dengan Covid-19. Walaupun kita tidak dapat merentas negeri lagi untuk balik ke kampung berjumpa orang tersayang, kita masih lagi dapat mewujudkan suasana pagi raya di rumah seperti menyediakan hidangan hari raya. Kita juga boleh menggunakan teknologi yang ada seperti ‘Video call’ bersama keluarga di kampung di pagi raya.

Jom lihat 10 hidangan juadah yang biasanya wajib ada di pagi raya. Mana tau artikel ini dapat memberi idea buat anda untuk masak hidangan buat keluarga dan juga para tetamu.

  1. Ketupat

Bila sebut sahaja ketupat pasti anda akan bayangkan nasi impit berbentuk segi empat yang dibalut dengan daun ketupat atau pun ketupat instant. Ini terpulang pada anda mahu yang mana. Ketupat terbahagi kepada dua jenis iaitu ketupat nasi atau ketupat daun palas, dimana dalamnya diisi dengan beras pulut. Zaman sekarang kebanyakan orang suka beli yang instant sebab mudah untuk dimasak. Tetapi masih juga yang menggunakan daun palas untuk buat ketupat. Setiap kali Hari Raya, hidangan ketupat ini pasti wajib ada di rumah saya.

2. Lemang

Lemang ini pun banyak kita akan nampak orang menjual lemang didalam buluh di tepi jalan. Lemang ini diperbuat daripada beras pulut dan dicampurkan dengan santan untuk menaikkan lagi rasa lemaknya. Dicicah pula bersama rendang atau serunding, memang tak cukup sebatanglah jawabnyer!

3. Soto ayam

Soto ayam juga boleh dijadikan sebagai hidangan hari raya. Soto ayam merupakan makanan daripada Indonesia dimana ia merupakan sup ayam dengan kuah yang berwarna kekuningan. Bagi anda penggemar soto, anda pasti tahu bahan apa yang perlu ada didalam ini seperti isi ayam yang dicarikkan, kacang tanah, nasi impit, taugeh, suhun dan kuah sambal hitam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah sedikit bihun ke dalam soto ini.

4. Asam pedas

Bila sebut sahaja mengenai Asam Pedas, sudah tentu fikiran anda akan melayang ke Melaka. Ya, negeri ini terkenal dengan asam pedasnya yang ‘meletup’. Makanan harian ini juga dihidangkan buat para tetamu yang berkunjung pada Hari Raya. Jadi, anda boleh cuba untuk hidangkan menu asam pedas di pagi raya walaupun kita bukan dari negeri Melaka.

5. Rendang

Jika di setiap rumah ada ketupat nasi atau ketupat daun palas, pasti sedap digandingkan dengan rendang. Tidak kiralah samada rendang ayam atau daging, sudah tentu terliur sesiapa sahaja yang melihatnya. Tambahan pula dengan dagingnya yang empuk….pergh. Laju saja tambah sepinggan lagi. Bukan sepinggan je, berpinggan-pinggan tau! hehe.

6. Satay

Siapa yang tak suka makan satay kan? Satay merupakan salah satu makanan wajib bagi rakyat Malaysia setiap kali menjelang Hari Raya. Pasti ada sahaja rumah yang anda kunjungi menghidangkan satay sebagai makanan jamuan. Letakkan secucuk dua di atas pinggan dan tuangkan sedikit kuah kacang ke atasnya. Wah…nikmatnya! Dihidangkan pula bersama nasi impit, kuah kacang dan hirisan timun.

7. Lontong

Makanan ini datang khas dari negeri Johor. Terdapat 2 jenis lontong yang terkenal di bahagian selatan Malaysia iaitu lontong sayur lodeh dan lontong darat. Pelbagai jenis sayuran seperti kacang panjang, tauhu, lobak, sengkuang, tempe dan kobis dimasukkan ke dalam lontong ini untuk dijadikan hidangan menarik buat para tetamu. Digandingkan pula dengan nasi impit dan kuah kacang…cukup ke semangkuk tu? Kalau admin lah memang tak cukup lah jawabnyer. Ini juga salah satu hidangan wajib ada kat rumah saya tau. Kalau anda tak pernah cuba, boleh cuba untuk raya tahun ini.

8. Burasak

Makanan tradisional daripada masyarakat Bugis di Sabah ini juga merupakan juadah yang jarang kita dengari di semenanjung. Ianya merupakan makanan tradisi yang wajib perlu ada semasa Hari Raya. Dimakan pula dengan kuah asam dan rendang. Jika anda ke Sabah semasa Hari Raya nanti, jangan lupa cuba tau!

9. Laksa

Menu ini juga anda wajib cuba untuk pagi raya. Bagi yang menggemari laksa, anda pasti tidak akan ketinggalan untuk mencubanya jika anda tuan rumah yang anda kunjungi menghidangkan laksa sebagai jamuan Hari Raya itu. Laksa juga terdapat pelbagai jenis seperti Laksa Kedah, Laksa Johor, Laksa Sarawak dan Asam Laksa. Mana satu pilihan anda?

10. Ayam ungkep

Ayam ungkep ini berasal dari Jawa. Menu ini adalah hidangan yang ‘must-have’ semasa Hari Raya bagi rakyat Indonesia. Untuk anda yang menggemari masakan Jawa, dapatkan resepinya secara online. Bahannya juga tidak remeh, jadi mudah untuk anda memasak sendiri di rumah.

Setiap kali berkunjung ke rumah sanak-saudara, senarai juadah di atas pasti akan terhidang di atas meja. Apa kata anda cipta kelainan dengan hidangkan sesuatu yang jarang sekali orang lain hidang di pagi Raya. Hmm…nampaknya perut anda sudah berkeroncong sambil membaca senarai juadah di dalam artikel kali ini. Sabar ya.. Kena tunggu azan maghrib dulu baru boleh makan..heheh sikit je lagi..

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: https://rileklah.com/makan-makan/10-juadah-hari-raya-yang-wajib-ada-pada-setiap-kali-menjelang-1-syawal


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
1
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *