π˜Όπ™†π™π™„π™‘π™„π™π™„ 𝙃𝙐𝙅𝙐𝙉𝙂 π™ˆπ™„π™‰π™‚π™‚π™ π˜½π™€π™π™Žπ˜Όπ™ˆπ˜Ό π™†π™€π™‡π™π˜Όπ™π™‚π˜Ό


AKTIVITI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

#Keluargabahagia

Hujung minggu adalah hari yang paling dinantikan oleh anak-anak dan juga seluruh ahli keluarga. Pada waktu inilah dapat merehatkan badan dan yang paling penting dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Kebiasaannya hari minggu pasti akan ada aktiviti luar yang memerlukan kos. Apa kata sekali sekala berhujung minggu bersama keluarga tanpa mengeluarkan kos dengan melakukan aktiviti didalam rumah. Bukan jimat sahaja, malah anda boleh buat apa sahaja didalam rumah bersama keluarga. Menarik kan!

Sebenarnya banyak je aktiviti dalam rumah yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan anak-anak juga dapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Jom kita tengok apa aktiviti dalam rumah yang boleh lakukan:)

  1. Mengemas bilik tidur

Kita boleh mengajak anak-anak mengemas bilik tidur masing-masing supaya hilang segala debu, kekotoran yang ada dibilik dan menukar cadar yang sudah dibasuh supaya selesa dan nyenyak untuk tidur.

Contohnya seperti menyapu, mengelap tingkap, sedut habuk menggunakan ‘vacuum cleaner’. Pasti mereka excited bila menggunakannya lebih lebih lagi kanak-kanak.

Dengan cara ini kita dapat melatih anak supaya lebih berdikari pada masa akan datang.

2. Mengemas dapur rumah

Aktiviti mengemas di dapur boleh dibuat bersama anak perempuan supaya lebih kelihatan bersih, teratur dan juga dapat elak daripada serangga. Ruang dapur mestilah kelihatan sentiasa bersih sebab disitulah kita akan memasak untuk keluarga.

Kita juga boleh mengajar anak-anak untuk membasuh pinggan atau membersihkan peti sejuk. Bagi kanak-kanak pasti mereka seronok dan ibu bapa akan geli hati melihat riak wajah mereka. Mungkin ‘excited’ atau mungkin akan berbuah riak muka..eheheh

3. Mencuci kenderaan

Mencuci kenderaan sama ada kereta atau motosikal mampu mengisi masa terluang di dalam rumah dan lakukanlah bersama keluarga. Pasti seronok!

Sebab apa? Sebab bak kata pepatah “sambil menyelam, minum airlah”.

Anak-anak kecil terutamanya pasti akan bermain air dihadapan rumah sambil diperhatikan oleh kita. Boleh juga ditambah dengan portable swimming pool, anak-anak pasti tidak mahu keluar.

4. Menonton tv bersama

Pada hujung minggu cuba ketepikan segala gadget seperti laptop dan telefon sebab inilah peluang kita untuk luangkan masa bersama keluarga tau. Jadi, jangan sia-siakan yer!

Ajaklah semua anak-anak duduk dihadapan tv and menonton drama atau movie bersama. Ini juga salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pasti kita akan bergurau senda, ketawa bersama. Pasti anak-anak akan merasa gembira dan disayangi.

5. Berkebun

Jika tinggal di apartment atau rumah pangsa pasti agak sukar untuk berkebun. Bukan tidak boleh, boleh sahaja jika kita nak berkebun di apartment tetapi menggunakan kaedah yang sesuai seperti menggunakan pasu kecil atau teknik hidroponik.

Manakala, sekiranya mempunyai tanah dihalaman rumah, gunalah peluang ini untuk berkebun menanam apa sahaja pokok atau sayuran bersama keluarga.

Jadi, kita dapat mewujudkan persekitaran yang sejuk di kawasan rumah dan dapat merasa hasil tangan sendiri seperti menanam sayur atau buah-buahan.

Kesimpulannya, terlalu banyak aktivito yang boleh dilakukan bersama keluarga dirumah, cuma cara kita menikmati kehidupan seharian mempengaruhi pemikiran kita.

Jadi, anis harap kita semua dapat meluangkan masa bersama keluarga walaupun sekejap ambillah masa itu dan gunakanlah masa itu sebaik mungkin agar kita tidak terlepas satu pun memori indah bersama keluarga.

SEMOGA BERMANFAAT!

Sumber: https://kakibawang.my/6-aktiviti-hujung-minggu-di-rumah-bersama-keluarga/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
1
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *