๐Ÿ โ„๐”ผ๐•Š๐”ผโ„™๐•€ ๐•—๐•’๐•”๐•– ๐•ž๐•’๐•ค๐•œ ๐•ช๐•’๐•Ÿ๐•˜ ๐•œ๐•š๐•ฅ๐•’ ๐•“๐• ๐•๐•–๐•™ ๐•ฅ๐•ฃ๐•ช ๐••๐•–๐•œ๐•’๐•ฅ โ„๐•Œ๐•„๐”ธโ„


Tahu tak kenapa kita kena pakai face mask??

Kulit muka kita selalu terdedah pada persekitaran setiap hari. Contohnya seperti habuk, kotoran, panas, sejuk dan sebagainya. Disebabkan itu, sel-sel kulit kita cepat untuk menjadi rosak. Sel-sel kulit yang rosak boleh menyebabkan radikal bebas yang mudah terbentuk menjadikan kulit cepat kusam, berkedut, kering dan tidak cantik lagi.

Selalunya face mask akan mengandungi bahan active seperti vitamin dan mineral yang akan diserap oleh kulit dan memberi khasiat kepada kulit.

Banana, honey and yogurt face mask (utk membersihkan dan melembapkan)

  • 1/2 pisang
  • 2 sudu besar yogurt
  • 1 sudu besar madu

Hancurkan pisang dan campur dengan semua bahan lain. sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit.

Orange yogurt face mask

  • 1 sudu besar plain yogurt
  • 1 sudu besar jus oren

Campurkan semua bahan. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit.

Cucumber and yogurt face mask (utk menyegarkan dan merawat kulit kusam)

  • 1/2 timun
  • 1 sudu besar yogurt

Blender semua bahan dan apply to your skin. Biarkan selama 15-20 minit.

Mask untuk kulit berjerawat

  • 1/2 sudu buah pala (hancurkan jadi serbuk)
  • 2 sudu besar madu

Campurkan semua bahan dan biarkan semalaman di muka. Jangan guna jika terdapat alahan atau gatal2 dan tanda2 lain. Hanya sapukan pada bahagian berjerawat sahaja ya dan biarkan semalaman. Esok pagi baru cuci.

Mask untuk kulit berminyak

  • 1 sudu besar aloe vera
  • 1 sudu besar madu

Campurkan semua bahan diatas. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit.

Selamat mencuba!!

Sumber: D’WangiShoppe, keluarga blogspot, nasyierahchemst.blogspot


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
1
love
lol lol
0
lol
omg omg
1
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *