๐•Š๐”ผ๐•๐”ธโ„๐”ธโ„ Safety pin


Safety pin atau nama lainnya adalah pin dawai dalam bahasa melayunya, ia merupakan salah satu produk yang masih lagi relevan sehingga masa kini. Rekaan pun tidak banyak berubah dan masih kelihatan sama sewaktu pertama kali ia diciptakan.

Penggunaan pin dawai atau safety pin ini biasanya akan kita lihat apabila kita ingin merapatkan atau menyambungkan sesuatu antara satu sama lain, lagi-lagi yang berkaitan dengan kain. Kalau korang nak tahu, safety pin ni ada juga disediakan didalam peti pertolongan cemas bagi membantu memegang balutan dengan lebih baik dan kuat.

two gray stainless steel safety pins

ASAL USUL PIN DAWAI/SAFETY PIN

Pencipta pin dawai ini merupakan seorang mekanik yang bernama Walter Hunt. Beliau sebelum ini telah hadir dengan pelbagai produk baru yang berguna untuk kegunaan harian. Di antara inovasinya yang paling terkenal adalah pen, riffle, pengasah pisau, batu buatan dan juga bajak ais.

Idea untuk pin dawai/safety pin ini terhasil pada tahun 1849 apabila Hunt sedang memutarkan sepotong dawai kawat dan cuba memikirkan sesuatu yang akan membantunya melunaskan hutang 15 dolar.

Dia mula memutarkan dawai logam sehingga dia membuat alat yang disebutkan “pin pakaian”, dengan mata di satu hujung dipusingkan dan satu lagi bahagian yang menahan titik pin di dalam sarung pelindung. Beliau kemudian menjual hak patennya dengan harga 400 dolar kepada lelaki yang berhutang.

Walau bagaimanapun, terdapat sejarah dahulu yang mengatakan pin dawai ini sebenarnya merupakan inovasi daripada kerajaan Rom Purba terdahulu. Ahli arkeologi mengatakan yang mana pin dawai ini telah disebut sebagai fibula. Ia pertama kali diciptakan pada Zaman Gangsa di Eropah namun terdapat beberapa kekeliruan mengenai tempat yang tepat di mana penemuan ini berlaku.

Two Late Geometric bronze fibulae from Boeotia, Greece. Late 8th century B.C. Lengths: 15.5 cm.; 13.5 cm.

Fibula ini terdiri daripada dua pin lurus, Salah satu pin ini akan membentuk busur dan sebelah lagi mempunyai lubang di satu hujungnya ada cangkuk kecil yang boleh memegang sesuatu. Penggunaan fibula menjadi popular pada abad ke-12. Ia digunakan secara meluaskan pada jenis pakaian baru yang mana ia hanya perlu disematkan dan tidak perlu dijahit.

Pin dawai/safety pin mempunyai ratusan kegunaan yang lain termasuk penggunaan sewaktu memasang lampin dan pakaian seperti blaus, kemeja dan jaket, dan bahkan sebagai komponen perhiasan.

Walaupun penggunaan pin dawai ini sangat meluas dan dihasilkan pada kadar yang besar, namun apa yang agak menyedihkan adalah penjualan ciptaan itu tidak memberikan apa-apa kebaikan pada penciptanya iaitu Walter Hunt. Akibat dia menjual paten tersebut kepada individu yang lain, Hunt tidak pernah menjana apa-apa pendapatan daripada ideanya.

Sumber: Penn Museum, Lemerson Mit, tajria.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *