๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ-๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐„๐๐€๐‘๐ˆ๐Š ๐๐ข ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ


Kalau kita cakap pasal tempat2 menarik ni kan, mesti ada yang fikir luar negara kan? Kalau korang nak tahu, dekat Malaysia ni pon ada banyak tau tempat2 menarik. Kalau korang nak tahu dekat mana, jom teruskan membaca sampai habis, let’s go!

Perpustakaan Raja Tun Uda

Haa siapa yang suka membaca tu kan, tempat ni memang heaven lah untuk korang. Tengok tu menarik kan? Luas, besar..banyak gila buku2. Saya rasa semua buku ada kat dalam ni, just pilih je yang mana korang nak.

Alamat: Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Selangor International Islamic Arts Complex

Siapa suka pergi muzium? Haaa tempat ni sesuai untuk korang, lagi2 yang muslim. Menarik tau tempat ni, kita boleh tahu sejarah tentang islam dalam bentuk visual. Belajar sambil melawat. Lebih menarik, boleh nampak terus sejarah tu depan mata gituw.

Alamat: Kompleks Taman Seni Islam Selangor, 2A Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor

Setia City Mall

Kalau korang nak tahu, shopping Mall ni mall yang besar tau, so kalau korang tu memang kaki shopping, mall ni memang sesuai lah untuk manusia jenis macam korang ni. Banyak gila kedai2 dalam ni, korang boleh la jalan2 sambil shopping sepuas2nya.

Alamat: Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Mah Mari Cultural Village (Pulau Carey)

Okay tempat ni pon best, kalau korang nak tahu kat Selangor pon ada pulau tau. Dekat pulau ni, ada sekumpulan masyarakat asli yang digelar Mah Meri dan pulau mereka dinamakan Pulau Carey. Tapi kalau korang nak lebih menarik, datang time bulan Mac ke April setiap tahun untuk melihat sambutan Hari Moyang, musim perkahwinan atau Puja Pantai.

Alamat: Jln Kampong Orang Asli Sungai Bumbun, Kampung Manikavasagam, 42960 Pulau Carey, Selangor

Pantai Morib

Pantai Morib terletak di Kuala Langat merupakan sebuah pantai yang tenang dan memiliki kawasan rumput yang agak luas untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga. Untuk korang yang suka bersantai dan ingin menenangkan fikiran, tempat ni sesuai untuk korang.

Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

Ini adalah galeri kehidupan Sultan Abdul Aziz Shah (Sultan Selangor yang ke-8).

Alamat: Bangunan Sultan Suleiman, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan

Kuala Selangor Fireflies

Dekat kawasan ni, korang boleh tengok cahaya2 cantik daripada kelip2 sambil menaiki bot. Cahaya keindahan semulajadi diwaktu malam hari. Sangat indah bukan?

Alamat: Firefly Park Resort Sdn Bhd, Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, 45000 Selangor Darul Ehsan.

Kepong Metropolitan Park

Siapa yang suka berjoging-joging tu tempat ni memang sesuai. Ala-ala macam dalam cerita korea tu. Sesuai jugak untuk riadah. Tempat ni luas tau. So nak kurus? Boleh la bersenam kat sini.

Alamat: Kepong Metropolitan Park, Jalan Lingkaran Tengah, Kuala Lumpur, 52100

Muzium Coklat Kota Damansar

Haaa siapa kat sini hantu coklat? Ini lah tempat untuk korang, hampir semua jenis coklat ada kat sini. Datang lah beramai2 bawa kawan hantu coklat anda yang lain.

Alamat: No.2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, 47810 Kota Damansara, Selangor.

Mines Resort City/Mines Wellness City

Tapak Mines Wellness City ni sebenarnya merupakan tempat perlombongan biji timah yang terbesar di dunia. Tapi sekarang, tempat ini telah dijadikan tempat perlancongan yang menarik seperti hotel, pusat membeli-belah, padang golf, pusat konvesyen dan Waterfront Business Park.

Alamat:ย Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid kedua terbesar di Asia tenggara selepas Masjid Istiqal yang terletak di Jakarta, Indonesia. Masjid ni cantik sangat tau. Korang boleh lah pergi masjid ni untuk tengok keindahan masjid ni. Dan boleh la menunaikan solat di sini.

Alamat:ย Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

Siapa kat sini suka melihat keindahan semulajadi? Ni tempat untuk korang. Tempat yang penuh dengan alam semulajadi. Tempat ni jugak ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan. Aktiviti yang lasak2, adventure, ekstrim.

Alamat:ย Jalan FRIM, Kepong, Petaling Jaya 52109

IceScape Ice Rink

Korang teringin nak meluncur? Lambat lagi kan nak pergi luar negara. datang lah sini dulu. Tempat ini terletak di IOI City Mall. Ia merupakan satu-satunya gelanggang ais yang terbesar dan bersaiz Olimpik di Malaysia.

Alamat:ย IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Selangor

Sumber: maisinggah.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *