𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 10 steps Skincare KOREA


“10 steps skincare” Korea.

Siapa je kan tak tahu 10 steps skincare ni. Aku rasa mesti ramai lah yang tahu pasal ni. Negara Korea Selatan terkenal dengan kecantikan kulit mereka yang mulus, halus dan flawless bak kulit bayi. Semestinya mereka dapat kulit macam tu sebab penjagaan yang baik dalam rutin penjagaan kulit mereka. So, korang tahu tak, sebenarnya ada sejarah tau pasal 10 steps skincare Korea ni sebenarnya..nak tahu tak sejarah dia ape? Jom baca sampai habis. 1! 2! 3! Let’s go!

Okay…Disebabkan orang Korea sendiri tinggal di negara yang mempunyai 4 musim, kulit mereka akan berubah mengikut perubahan musim itu jugak. Jadi, musim-musim tu sedikit sebanyak membawa pengaruh buruk kepada kulit mereka. Salah satunya kulit mereka akan jadi cepat kering dan iritasi. Time musim panas, temperature dekat sana akan jadi tersangat tinggi sehingga boleh buat kulit dorang jadi mudah iritasi kerana cahaya matahari yang sangat panas, tapi apabila tiba time musim sejuk pulak, kulit dorang akan sangant mudah untuk kering dan bahkan bersisik. Jadi, dorang akan melakukan layering untuk skincare dorang. Itu dsangat penting untuk jaga kulit agar sentiasa dapat hidrasi dan nutrisi yang cukup.

Sebenarnya, 10 steps skincare ni dah popular sejak tahun 1960-an tau dekat Korea. TIme tu, perawatan wajah akan dilakukan dari rumah, so dorang akan call dan buat temujanji dengan beauty consultant pilihan dorang untuk perawatan wajah tu. Selepas itu, beauty consultant tu akan datang ke rumah dorang dengan bawa beg besar yang berisi pelbagai produk rawatan kecantikan berdasarkan kondisi kulit mereka. Haaa, menarik kan? Sekarang banyak betul klinik kecantikan yang membangun.

Ok, selain daripada beauty consultant tu bagi treatment dekat kulit customer macam face massage dan masker, dia jugak akan recommend dekat customer rutin multi steps dengan produk-produk yang diorang. Ikut steps macam cleanser, toner, essence, serum dan sebagainya. Tu semua dia akan ajar lah. dia terang-terangkan semua. Okay dari sini, ada terjadinya “direct selling” atau penjualan langsung dan disebabkan ini lah antara salah satu sebab kenapa 10 steps skincare tu popular sampai ke hari ni. Sehingga ke luar negara kau, kemainnnn. Bukan biashe-biashe tu~

Lagi satu 10 steps skincare Korea ni terkenal sebab korang kan mestilah nak cantik gak kan macam orang-orang Korea tu kan kan kan…Betul kan, so dari situ jugak korang jadi terikut dengan 10 steps skincare tu. Secara tidak langsung tersebar lah ke persada dunia sana tu, cehh ayatt hahahaha. Haaa gituwww..Nak kulit cantik mesti lah kena jaga betul-betul kan, tapi kalau malas tu, pakai yang basic pon tak ape. Asalkan jaga. Jangan bazir-bazir pulak beli skincare banyak-banyak. Itu saja dari saya..

Sekin terima kasih~

Sumber: today.line.me


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *