ᖇᗴᔕᗴᑭᎥ ᛕᑌᎥᕼ 丅ᖇᗩᗪᎥᔕᎥᗝᑎᗩᒪ ᗪᎥ ᑭᗩǤᎥ ᖇᗩƳᗩ part 2


Haa ni part 2 untuk sesiapa yang tak berminat dengan kuih yang part 1 tu, ni ada resepi kuih yang lain tau. Banyak tau resepi kuih-muih tradisional Malaysia yang sedap2. So takde lah korang bosan kan duduk dekat rumah, tak tahu nak buat ape untuk raya nanti. Let’s go, baca sampai habis tau~

1. CORNFLAKES MADU

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Bahan-bahan:

  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri/taburan manik (hiasan)
  • paper cup

Cara penyediaannya:

  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yan kecil. Kemudian, masukkan madu dan gula. Kacau sehingga sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuahkan campuran butter dan cairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disalut dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup. Hiaskan dengan ceri/taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

2. Coklat chip ala Famous Amos

Bahan-bahan:

BAHAN A (kacau)

  • 250 g marjerin
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

BAHAN B (masukkan ke dalam bahan A)

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • *2 cawan coklat chip (masukkan akhir sekali)

Cara penyediaanya:

  1. Gaulkan bahan A sehingga rata dan sebati.
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A kecuali coklat chip. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Sejukkan adunan di dalam peti sejuk dalam setengah jam.
  4. Selepas setengah jam, keluarkan adunan dari peti sejuk dan sedia untuk dibakar. *Adunan memang lembik-lembik sedikit ya.
  5. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah Celcius dan gunakan api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
  6. Bila biskut dah mula mengembang dan bau harum, itu tandanya dah hampir masak.

3. Biskut Florentine

Biskut Florentine - Kuali Sudip

Bahan-bahan:

  • 500 g tepung florentine
  • 500 g badan keping (dibakar/dipanggang)
  • 200 g biji labu (dibakar/dipanggang)
  • 100 g kuaci (dibakar/dipanggang)
  • 50 g bijan hitam (dibakar/dipanggang)

Cara penyediaanya:

  1. Bakar kesemua bahan kecuali tepung florentine di dalam oven selama 5 minit pada suhu 160 darjah Celcius. Setelah siap, sejukkan semua bahan yang siap dibakar.
  2. Campurkan semua bahan yang telah dibakar bersama tepung florentine dan gaul sehingga rata.
  3. Panaskann ketuhar dengan suhu 160 darjah Celcius selama 5 minit.
  4. Masukkan adunan yang telah siap dicampur ke dalam loyang dengan beralaskan kertas kek (Baking paper).
  5. Masak adunan tersebut selama 10 minit di dalam ketuhar pada suhu 160 darjah Celcius.
  6. Setelah masak, teruskan potong biskut tersebut ke dalam saiz yang dikehendaki semasa panas dengan menggunakan pisau.
  7. Siap untuk dihidang dan dimakan.

4. Choco oat bar

Image

Bahan-bahan:

  • 100 g instant oat
  • 100 g nestum
  • 150 g – 200 g coklat masak putih

Cara penyediaannya:

  1. Cairkan coklat putih dengan kaedah double boiler.
  2. Masukkan oat dan nestum ke dalam coklat cair dan gaul hingga sebati.
  3. Bentukkan mengikut acuan kegemaran anda dan tekan padat-padat supaya adunan melekat. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya adunan mengeras.
  4. Selepas dah mengeras. Sedia untuk dimakan.

5. Popia simpul kasih serunding ikan.

Popia Simpul Kasih Serunding Ikan

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • Serunding ikan
  • Minyak masak (menggoreng)

Bahan untuk serunding ikan

  • 1 kg ikan kembung
  • 3 keping asam gelugor
  • 15-20 biji cili kering*
  • 3 inci halia*
  • 3 inci lengkuas*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 batang serai, hiris nipis*
  • 15 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 mangkuk minyak (menumis)
  • air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaannya:

Untuk serunding ikan

  1. Rebuskan ikan bersama asam gelugor dan kemudian ambil isinya sahaja. Tumbuk isi ikan atau boleh juga di kisar di dalam blender. Ketepikan.
  2. Kisar halus bahan yang bertanda (*).
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan isi ikan dan kacau dengan perlahan sehingga kering. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya serunding tidak cepat hangus. Apabila sudah kering sekata, angkat dan sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Note: Goreng popia dalam minyak panas di atas api yang sederhana perlahan dan kemudian kacau dengan keraap supaya popia masak sekata, warna cantik ekuningan dan kekal ranggup jika disimpan lama.

Popia simbul

  1. Potong 8 kulit popia dan tutudp dengan kain lembab supaya kulitnya tidak kering.
  2. Sudukan 1/2 sudu kecil serunding ikan dan letak di tengah kulit popia yang dipotong kecil tadi.
  3. Gulung memanjang, pastikan inti berkumpul di tengah dan kemudian simpulkan dengan rapi. Ulangi langkah sehingga kulit popia dan serunding habis.
  4. Goreng popia di dalam minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Pastikan popian betul-betul sejuk sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Sumber: resepichenom.com, kualisudip.com, cikjoi.wordpress.com, siraplimau.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *